Home » » Dua Jawatan Kabinet Sudah Cukup Untuk UMNO Beli Ulama PAS?

Dua Jawatan Kabinet Sudah Cukup Untuk UMNO Beli Ulama PAS?

Written By Unknown on 27/11/2013 | 4:00 pm


Sudah menjadi satu fakta yang diketahui umum bahawa parti PAS dipandang hina oleh sekutunya di dalam Pakatan Rakyat. Selama ini, PKR dan DAP tidak memandang PAS dengan sebelah mata pun.  Suara PAS sering diabaikan dalam memperkatakan hala tuju dan prinsip pemerintahan PR.   Majlis Syura, Dewan Ulama, semuanya hanyalah pada sekadar nama kerana kewujudan mereka tidak membawa apa-apa makna kepada PR mahupun PAS sendiri. 

PAS tidak boleh menyalahkan sekutunya jika memandang hina pada parti itu.   Ini kerana PAS memang layak dihina apabila sanggup menggadaikan prinsip perjuangan sendiri agar diterima oleh DAP.  PAS sanggup menggadaikan Negara Islam dan menerima Buku Jingga.  PAS berdolak-dalih dalam isu hudud dan Kalimah Allah dan kemudian membela pula DAP apabila dikecam oleh UMNO.  PAS memarahi Karpal Singh kerana menyentuh soal parti berasaskan agama tetapi PAS juga yang meminta maaf dari Karpal Singh kemudiannya. 

Sedarkah PAS bahawa hanya parti itu yang perlu menggadai maruah dan agama dan segala-galanya, sedangkan PKR dan DAP langsung tidak perlu berkorban apa-apa untuk Pakatan Rakyat? 

Justeru, apakah tidak benar jika penulis menyatakan bahawa PAS memang layak dihina? 

Jika ini belum cukup untuk memperlihatkan penghinaan PKR dan DAP terhadap PAS, maka sebuah artikel oleh Mohd Ariff Sabri Aziz (Sakmongkol) yang dipetik oleh Free Malaysia Today (FMT) semalam seharusnya mampu membuktikannya. 

Mohd Ariff menulis bahawa PRU-14 adalah berkisar mengenai PAS dan memperkatakan tentang PAS yang lebih progresif bagi menggantikan UMNO.  Menurut Mohd Ariff, sokongan UMNO kepada golongan Ulama di dalam PAS adalah kerana UMNO tahu bahawa golongan ini mudah diperdaya.  Katanya lagi, Perdana Menteri hanya perlu memberikan PAS dua jawatan kabinet untuk menghapuskan PAS sekali gus. 

Jika diterjemahkan secara mudah, Mohd Ariff sebenarnya berkata bahawa Ulama PAS begitu bodoh dan mudah dimanipulasi serta dijualbeli dengan jawatan.  Andainya PAS diterajui oleh golongan Ulama maka sudah tentu PAS sudah tiada lagi kerana dibeli oleh UMNO. 

Begitu sekali penghinaan Mohd Ariff terhadap golongan Ulama PAS. 

Sekiranya Ulama PAS sendiri tidak memahami akan penghinaan ini, maka sekali lagi jelaslah bahawa Ulama PAS sememangnya layak dihina.  Malah, kita tidak terkejut jika Ulama PAS bangun membela Mohd Ariff dan memaafkan beliau pula dengan memberi berbagai-bagai alasan sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka yang hina di mata PKR dan DAP. 

Sememangnya inilah yang berlaku selama ini iaitu Ulama PAS menghina diri sendiri. 

Kita melihat tulisan Mohd Ariff sebagai suara DAP yang ingin memastikan PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO.  Ini terbukti apabila Lim Kit Siang memaparkan semula artikel Mohd Ariff di blog peribadinya.  Kita percaya, tulisan ini, petikan oleh FMT dan juga tindakan Kit Siang menyiarkannya semula, adalah satu tindakan bersepadu iaitu sebahagian strategi terancang untuk mengasak dan mencatur PAS agar mengikut telunjuk DAP. 

Hari ini, DAP telah menguasai PAS sepenuhnya melalui kemenangan Kumpulan Erdogan.  Hanya tinggal satu ancaman saja lagi bagi DAP untuk mengukuhkan kedudukannya di Malaysia iaitu ancaman penyatuan Umat Islam di dalam UMNO dan PAS. 

Justeru, DAP perlu memastikan dengan apa jua cara yang penyatuann ini tidak akan berlaku dan tidak mungkin berlaku sampai bila-bila.  Ini kerana, pada ketika umat Islam di Malaysia bersatu, pada ketika itu jugalah DAP sebenarnya telah kalah. Sementara itu, DAP akan terus menggunakan sepenuhnya kuasa ekonomi yang dimiliki oleh kaum Cina untuk bertapak dengan lebih selesa. 

Apa yang Mohd Ariff tidak tahu ialah, beliau dan juga Ulama PAS berada di tahap kebodohan yang sama.  Kedua-duanya sama saja hinanya kerana kedua-duanya sanggup menjadi balaci, kuda tunggangan, anjing suruhan mahupun kucing kurap kepada DAP.  Kedua-duanya tidak sedar yang mereka sedang dipermainkan dan dipergunakan. 

Bezanya, Mohd Ariff mampu menulis dalam bahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dengan bukan Islam dengan lebih baik yang mana Ulama PAS tidak mampu melakukannya. 


Biarpun semakin ramai orang-orang Melayu yang meninggalkan DAP, nampaknya masih ada Melayu seperti Mohd Ariff yang bangga menjadi bodoh dan tidak sedar di mana letaknya maruah dan nilai dirinya sebagai manusia.  Mohd Ariff megah menjadi pengkhianat bangsa dan agama, demi ilusi menjadi ‘setaraf’ dengan bangsa-bangsa lain.  Sedang bangsa lain itu berusaha mengukuhkan kedudukan agama dan kaumnya, beliau pula giat melemahkan jati diri dan menghancurkan kaum sendiri. 


foto hiase
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger