Sejak Himpunan Black505 yang serba tidak menjadi, semakin ramai
dari kalangan penyokong PR mula terasa bodoh sendiri.
Oleh itu, Himpunan Black505 bolehlah dikatakan sebagai permulaan
bagi pengakhiran kepada Anwar Ibrahim. Ini
dapat disaksikan dari kemarahan sekumpulan peserta himpunan yang merungut malah
memaparkan kemarahan mereka terhadap Anwar secara terang-terangan melalui
sepanduk. Rungutan mereka
berbunyi bahawa himpunan aman seperti itu adalah membuang masa dan mereka
mendambakan himpunan ganas selaras dengan tiupan semangat oleh
pemimpin-pemimpin PR.
Dalam kata lain, mereka telah bersedia untuk melakukan kemusnahan
demi menjatuhkan kerajaan.
Bagaimanapun, Anwar lebih tahu bahawa kekuatannya tidak cukup
untuk menjayakan satu rampasan kuasa seperti yang diimpikan anak-anak muda
itu. Justeru, Anwar memilih
untuk mengangkat sumpah sahaja, esoknya, sekali gus menerima keputusan
pilihanraya.
Sejurus selepas itu, gambar-gambar Anwar bergelak ketawa dengan
Dato’ Seri Najib di parlimen terdedah sedangkan di masa yang sama
penyokong-penyokongnya terus berusaha membatalkan majlis angkat sumpah dengan
memalukan diri berbaring di jalanan.
Kesudahannya, segala pengorbanan mereka menghidu jerebu, tidur di
khemah di kawasan tiada kelengkapan bilik air dan dikejutkan pada jam 4 pagi
oleh DBKL lalu berbaring di jalanan demi mengangkat Anwar sebagai Perdana
Menteri ternyata sia-sia belaka.
Sedikit demi sedikit mereka mulai sedar permainan apakah yang dimainkan
oleh Anwar Ibrahim. Dan
hari ini, kita lihat antara anak muda yang paling lantang, ganas dan ‘celupar’
dalam ‘perjuangannya’ untuk menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri, iaitu
Farid Ismath telah bertindak menghentam Anwar secara terbuka di laman
sosialnya. Farid turut
mempersoalkan desas desus Anwar membuat perjumpaan sulit dengan kepimpinan
negara dan menganggapnya sebagai bukti kelemahan pemimpinnya itu. Anwar digelar penipu dan tidak
mampu lagi menarik perhatian umum.
Kemuncak kemarahan ini dapat dilihat semalam dari strategi
terdesak PR menggunakan nama Tun Mahathir untuk meraih sokongan bagi program
“Selamatkan Kedaulatan Negara, Tolak TPPA”. Sebelum ini, nama dan gambar Tun
Mahathir diwar-warkan sebagai antara panelis jemputan.
Walaubagaimanapun, penyokong-penyokong marhaen Anwar di peringkat
akar umbi juga telah lebih awal lagi mengesyaki bahawa itu semua hanya
auta. Semua orang
tahu adalah tidak mungkin sama sekali bagi Tun Mahathir untuk hadir atau Anwar
untuk menjemput beliau ke majlis anjuran PR.
Justeru, tidak hairanlah majlis tersebut tidak mendapat sambutan langsung. Malah, Farid Ismath turut menghentam
jumlah kehadiran yang tidak sampai 2,000 orang sebagai bukti yang Anwar tidak
dipercayai lagi. Sumber
memberitahu bahawa di kalangan penyokong PR cukup marah dengan ‘penipuan’ yang
bodoh itu.
Nampaknya jentera propaganda dan pakar strategi Anwar telah tidak
mampu menyelami pemikiran masyarakat umum. Tidak kira penyokong parti mana jua,
rakyat Malaysia secara umumnya tahu siapa Tun Mahathir dan siapa Anwar
Ibrahim. Tun Mahathir
adalah seorang yang tegas, lantang dan tidak pernah teragak-agak untuk berkata
benar dan untuk pihak PR menjemput Tun Mahathir ke majlis anjuran parti itu
adalah umpama menjerat diri sendiri.
Sedangkan Anwar Ibrahim pula adalah talam berpuluh-puluh muka yang
akan berkata yang lain di hadapan satu kumpulan dan yang lain pula di hadapan
kumpulan yang lain. Sementara di hadapan Tun Mahathir pula Anwar tidak
mampu berkata apa-apa kerana seluruh rahsia gelapnya berada di dalam
pengetahuan bekas Ketuanya itu.
Oleh itu, dengan menggunakan nama Tun Mahathir bagi meraih
sokongan membawa kemungkinan yang lebih menarik dari sekadar kebodohan jentera
PR. Ia mungkin bermakna
adanya usaha dari dalam untuk mengaibkan Anwar dengan penipuan yang
ketara.
Jika ini benar, maka Anwar tentunya telah melatih orang-orangnya
dengan baik tentang bagaimana untuk ‘membunuh’ sesuatu karektor iaitu, dengan
menggunakan senjatanya sendiri ke atas dirinya. Dan senjata utama Anwar selama
ini adalah ‘menipu’.
Oleh itu, cara yang paling berkesan untuk ‘membunuhnya’ tentulah
dengan penipuan juga. Apakah ini yang sedang berlaku?
Nampaknya, bukan sahaja penyokong PR sudah tidak lagi mempercayai
Anwar, tetapi Anwar juga harus lebih berhati-hati dalam memberi kepercayaan
kepada jentera partinya dan orang sekelilingnya.
Post a Comment