Kelas untuk memasarkan diri. Kelas ini adalah untuk pelacur dan ia diadakan bagi menunjukkan kepada golongan pelacur ini bagaimana mereka dapat menggunakan perkhidmatan media sosial untuk mencari pelanggan yang kaya.
Ia dapat ditonton dalam satu rakaman video yang kini tersebar dengan luas di alam maya.
Rakaman video ini dipercayai telah dirakamkan oleh salah seorang peserta kelas itu melalui telefon bimbit sekitar bulan Februari lalu.
Video berdurasi selama dua minit itu memaparkan seorang wanita yang berpakaian kot berwarna hitam menerangkan kepada sekimpulan gadis yang merupakan pelacur.
“Apa yang perlu kamu lakukan ialah mencari pelanggan dan mendapat tip yang banyak. Saya akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakan media sosial bagi meluaskan rangkaian pelanggan,’’ katanya.
Jurulatih itu menekankan kepada gadis-gadis tersebut supaya mengekalkan hubungan dengan pelanggan kaya dan tidak membuang masa sendiri.
“Sama ada ia Momo atau WeChat atau Weibo, semuanya mudah,” katanya yang merujuk kepada perkhidmatan internet di China.
Wanita itu kemudiannya mengajar pelacur tersebut supaya meletakkan gambar profil yang menarik untuk mendekati pelanggan berpotensi.
Meskipun pelacuran diharamkan di China, namun aktiviti berkenaan tumbuh bagaikan cendawan akibat perkembangan pesat ekonomi negara tersebut.
Post a Comment