Aakj bukan niat nak perlekehkan usaha PDRM dan SKMM dalam kes ugut bunuh Guan Eng melalui twitter yang d terimanya seperti yang aakj paparkan d bawah..cuma agak terkilan kalau d bandingkan dengan kes hina Islam, hina Raja dan hina Simbol Negara..hina bendera negara !!
Apakah berbeza repot polis yang d buat oleh orang awam yang jumlahnya bukan seorang dua kalau nak d bandingkan dengan repot polis yang d buat Guan Eng yang berstatus Ketua Menteri?
Apakah kalau kes menghina Islam maka kita kena tunggu Menteri yang jaga Islam buat laporan begitu juga kalau kes menghina Bendera atau Sultan dan Raja maka kena Menteri tertentu buat lapuran polis baru nampak 'usaha bersungguh' pihak SKMM atau Polis atau keduanya akan menyegerakan siasatan tersebut?
Kalau tengok berita dalam BERNAMA ;
Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat kes ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng menerusi laman Twitter.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah merekodkan keterangan Lim dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
“Ketua Menteri telah buat laporan di Balai Polis Pulau Tikus malam tadi dan kita sedang jalankan siasatan. Perkembangan kes ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jelutong, di sini hari ini.
Semalam, seorang pengguna Twitter menggunakan nama MoonYue18 menulis ‘#DynastyLim#CEC#DAPig#@cmlimguaneng cheater! u mati minggu depan’ di laman sosial berkenaan.
Lim dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata beliau percaya ugutan bunuh yang diterimanya mempunyai kaitan dengan isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sebelum ini. - BERNAMA
wahHH dapat liputan khas bila kes ini kena pada Ketua Menteri Pulau Pinang..bagaimana dengan kes yang aakj sebut d atas?
Rakyat Malaysia tahu A.Samad Said d panggil ke balai kerana kes hina Simbol Negara..bagaimana dengan kes kartunis bangang Zunar yang cuba lakukan provokasi menghina Islam, menghina KALIMAH ALLAH sedangkan kes yang tersebut masih berjalan d mahkamah? Baca d SINI.
Bagaimana pula dengan mangkok taik yang hampir setiap hari menghina Sultan dan Raja Malaysia dengan mengunakan nama REJIMEN ANARKI..baca d SINI..mangkok taik ni d lihat begitu galak menghina dengan menggunakan medium Facebook !! Bagi aakj tak susah kalau SKMM nak trace siapa anjing yang begitu bongkak ini.
Aakj mohon dan cadangkan pada SKMM dan PDRM..tak perlulah tunggu rakyat buat laporan d balai polis baru nak siasat kalau ianya melibatkan isu Agama, adu domba perkauman dan menghina Simbol Negara..Raja dan Sultan adalah Simbol Negara ! Bertindaklah dengan lebih pro aktif atau orang tua cakap cegah sebelum parah..
Kalau tak silap aakj..bukan nak puji Singapura..cuma kalau d sana, kiranya ada mangkok taik yang cuba timbulkan ketegangan antara penganut agama, ketegangan kaum dan menghina simbol negara..pihak yang bertanggungjawab akan segera bertindak..
Post a Comment