Home » » Raihan Sulaiman Palestin Cukup Syarat Cabar Shahrizat !!

Raihan Sulaiman Palestin Cukup Syarat Cabar Shahrizat !!

Written By Unknown on 20/09/2013 | 9:30 pm

raihan

SEPERTI yang kita sedia maklum, Raihan Sulaiman Palestin bakal mencabar Datuk Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO hujung tahun ini.
Namun sudah ada desas-desus yang mendakwa Raihan tidak mungkin mampu berbuat demikian gara-gara tidak menetapi syarakat kelayakan untuk bertanding merebut jawatan tersebut.
Ini kerana setiap calon mesti sekurang-kurangnya Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.
Mengulas mengenai tuduhan tersebut, Raihan awal-awal lagi menafikan perkara berkenaan.
” Sepatutnya mereka yang nak menuduh saya itu periksalah betul-betul fakta sebelum membuat dakwaan dan andaian…kenapa perlu takut 
atau marah bila saya menawarkan diri hingga sanggup berkata itu dan ini bagi mengelirukan ahli.
” Saya tidak perlu memalukan diri saya sendiri kalau syarat asas bertanding pun tak mampu saya penuhi.
” Percayalah tiada siapa yang mampu menghalang saya kecuali Allah SWT…saya bertanding secara profesional, saya tidak akan mengikut 
rentak mana-mana pihak hingga sanggup memburukkan kawan dan lawan untuk menang jawatan dalam parti, saya ingin bekerja, berjuang dan 
berbakti demi agama, bangsa dan tanah air saya…tidak lebih dari itu!,” katanya pada Mynewshub di sini hari ini.
Beliau turut memberikan bukti bergambar bahawa beliau bukan sahaja ahli UMNO tetapi pernah menjadi AJK  Bahagian Kulim Bandar Baharu dari tahun 2001 hingga 2004.
Bukti beliau itu nyata berbeza dengan kenyataan Timbalan Ketua UMNO bahagian Kulim/Bandar Bahar, Datuk Husain Abdul Rahman sebelum ini yang bukan sahaja menafikan Raihan sebagai AJK tetapi turut mempersoalkan jika beliau adalah ahli UMNO mana-mana cawangan dalam bahagian berkenaan.
Untuk rekod, pindaan Perlembagaan UMNO pada 2009 menyaksikan jumlah ahli yang boleh mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan tertinggi meningkat kepada kira-kira 150,000 orang berbanding hanya sekitar 2,500 orang pada pemilihan sebelum ini.
Mereka juga akan memilih secara langsung pimpinan bahagian masing-masing, sekali gus menghapuskan sistem kuota yang membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli untuk bertanding dengan syarat minimum.
Ketika diminta mengulas mengenai penahanan bekas Setiausaha Politik Shahrizat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat boleh memberi ‘kelebihan’ kepada beliau, Raihan berkata, beliau bukanlah seorang yang jenis mengambil kesempatan di atas  ‘masalah’ orang lain.
” Saya memegang prinsip bahawa siapa pun tidak boleh dianggap bersalah selagi mahkamah tidak mensabitkannya dengan kesalahan tersebut,  dan ia ‘apply’ untuk siapa saja.
” Saya bukanlah jenis hendak gembira atas kesalahan atau kedukaan orang orang lain, saya bertanding kerana saya merasakan perlu  berbuat demikan, tak perlu nak ambil kesempatan…saya ingin berdiri atas keupayaan diri sendiri dengan berkat sokongan para ahli,”  tegasnya.
Mengenai politik wang, Raihan memberitahu, beliau tidak mampu untuk menabur wang jika itu yang para ahli harapkan.
Katanya, ini termasuk untuk pergi ke seluruh negara berkempen dan melobi jawatan berkenaan.
” Kalau saya dijemput, Insha Allah saya akan pergi…bahkan kalau ada yang sudi nak isi minyak kereta saya sekalipun, saya tidak akan  tolak.
” Dulu Tuanku Abdul Rahman masa nak berunding kemerdekaan di London, ramai sanggup beri apa saja termasuk gelang dan rantai untuk membolehkannya berbuat demikian jadi saya pun begitu jugalah.
” Ini kerana kami bukan orang kaya, arwah bapa saya (Sulaiman Palestin) masa meninggal dulupun hanya tinggalkan sedikit saja wang  untuk kami sekeluarga walaupun beliau pernah memegang jawatan tinggi dalam parti,” katanya.
Ketika ditanya, adakah segala dakwaan dan tohmahan yang beliau terima ini mampu membuatkannya menarik ‘gear’, Raihan dengan tegas menafikannya.
Bahkan, katanya, ia menguatkan lagi keazaman beliau untuk bertanding dan mengetuai pergerakan itu. – Mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger