Home » » Lim Kit Siang Bantah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera?

Lim Kit Siang Bantah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera?

Written By Unknown on 20/09/2013 | 8:30 pm


Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa langkah murni kerajaan untuk memperkasakan ekonomi bumiputera yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain sebenarnya satu usaha untuk meminggirkan kaum bukan Melayu di negara ini.
Malah, pemimpin veteran DAP itu dengan prejudis mendakwa rancangan untuk memperkasakan ekonomi bumiputera itu bakal mengagalkan pembentukan dasar rakyat Malaysia yang tidak meletakkan keutamaan ke atas kepentingan kaum dan agama.
“Rancangan pemerkasaan ekonomi bumiputera menolak dasar Model Ekonomi Baru (MEB) yang bertujuan meningkatkan mutu kehidupan tanpa mengira kaum dan meminggirkan mana-maa kelompok,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 September lalu bagaimanapun menegaskan usaha pemerkasaan ekonomi Bumiputera tidak akan menafikan kepentingan kaum lain.
Najib semasa mengumumkan perkara itu turut meminta rakyat tidak salah sangka dan salah faham terhadap usaha itu kerana langkah itu tidak dilaksanakan dengan jalan memintas atau mengambil hak orang lain.
Sebaliknya, usaha dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu terus mencipta serta menjana kekayaan baharu agar nikmat dan kemakmurannya dapat diraih dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia secara adil dan saksama.
Perdana Menteri turut menjelaskan jika kaum majoriti bumiputera tidak terbela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan dapat mengecapi keamanan dan kestabilan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger