Home » » Ketua Dewan Ulama Pas Sokong "Kepimpinan Ulama" ; Mat Sabu Cemas

Ketua Dewan Ulama Pas Sokong "Kepimpinan Ulama" ; Mat Sabu Cemas

Written By Unknown on 08/09/2013 | 3:30 pm



"..Pemilihan ulama sebagai pemimpin nombor dua tertinggi parti itu amat bertepatan dengan matlamat serta dasar Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak dulu dan selamanya...
dalam Islam itu sendiri telah memberikan gambaran bahawa kebanyakan segala apa yang dilakukan dan usaha menegakkan syiar Islam adalah lebih ditunjangi peranan para ulama, termasuklah dalam Pas..." - Harun Taib, Ketua Dewan Ulama Pas.

Itu antara harapan dari Ketua bagi segala ulama yang ada dalam parti Pas..kenyataannya menyokong apa yang d sarankan oleh Nik Aziz sebaik saja Nik Aziz keluar dari hospital..cerita penuh d SINI.

Nampak gaya Mat Sabu memang malang..masa Pas perlukan lembu jantan untuk lawan UMNO BN d pentas ceramah maka Mat Sabulah yang d cari..masa nak hamun dan caci maki UMNO BN bila nak PRU maka Mat Sabulah orangnya..bila dah kalah bertanding d PRU13 maka jasa Mat Sabu sepanjang sepenggal yang lalu d campak dalam tong sampah.

Nasib Mat Sabu sama dengan nasib Husam Kambing..nampaknya pemilihan pemimpin Pas akan datang..dua ekor lembu jantan ini bakal d sembelih tanpa bismillah hehe..bakal menjadi legend yang tak bernisan..Legend of the Perdana Hotel dan Legend of the Kambing !

Rakyat Malaysia sememangnya dah tahu taktik Pas..bila GAGAL dalam PRU maka akan adalah alasan Kambing yang d warnakan Hitamnya..alasan ISLAM muncul kembali..alasan kononnya ahli nak pemimpin Islam dan yang paling sadis..puok ulamok ciptaan Pas mula menafsir separuh hadis dan firman semata-mata nak nampakkan bahawa Pas adalah Parti Islam dan yang nak memimpin pun kena ada yang paling banyak ilmu Agama.

Mat Sabu jawab kenyataan Nik Aziz ;

“Anda perlu membaca keseluruhan konteks kenyataan beliau. Beliau bercakap secara umum dan tidak merujuk kepada saya atau sesiapa,” 

Kesian Mat Sabu..kesian sungguh..itu saja alasan terbaik yang mampu dia berikan ketika d ajukan soalan tentang harapan Nik Aziz itu...

Ahli Pas d butakan mata dan d pekakkan telinga tentang sejarah kegagalan Hadi Awang hingga terlepas Terengganu satu waktu dulu mudah saja d lupai oleh pemimpin Pas yang lain..sejarah kegagalan Hadi Awang memimpin Pas cuba d padamkan dalam kamus perjuangan Parti munafik ini. Mereka bimbang..kalau Hadi Awang d langgar maka jawatan lain turut d ambil alih oleh pemimpin baru yang lebih wibawa...poket akan surut dan akhirnya KOSONG!!

Aakj sejak dari dulu memang tak leh terima ulama ciptaan parti ini..apa saja tindakan mereka, malah percakapan dalam ceramah adalah untuk kepentingan diri sendiri..bukannya meletakkan Islam d tempat yang sepatutnya..

Fikir dengan akal yang waras..mana ada Nabi saw buat ceramah dan tong atau plastik atau karung derma berjalan minta sumbangan dan akhirnya jadi upah untuk sipenceramah?

Ulama apa kalau tunduk dan akur sebagai makmum dalam pakatan yang lebih besar? Kenapa tidak Hadi Awang menjadi Ketua Pembangkang? Islam hanya dalam lingkungan parti sendiri je?




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger