Home » » Kerajaan BN Berbelanja Besar Untuk Rakyat Dapat Ilmu - Muhyiddin Yassin

Kerajaan BN Berbelanja Besar Untuk Rakyat Dapat Ilmu - Muhyiddin Yassin

Written By Unknown on 08/09/2013 | 9:00 am



Tahap perbelanjaan untuk pendidikan di negara ini patut dikekalkan tetapi kecekapan dan keberkesanan dalam pengagihan dan perbelanjaan dalam Belanjawan perlu dikaji semula, demikian menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Data 2010 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan di belakang negara yang menyediakan jumlah peruntukan hampir sama atau lebih rendah seperti Thailand, Chile dan Armenia.

Pelan itu menyatakan keadaan ini mungkin disebabkan peruntukan untuk pendidikan di Malaysia tidak disalurkan kepada faktor yang memberi impak tinggi terhadap keberhasilan murid, seperti latihan untuk meningkatkan kemahiran guru secara berterusan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan pelan itu di sini hari ini.

Menurut pelan itu, sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti yang terdapat di Singapura, Korea Selatan dan Shanghai, China sememangnya memperuntukkan jumlah peruntukan yang lebih tinggi dalam Bajet negara masing-masing berbanding Malaysia.

Kerajaan mengekalkan tahap pelaburan yang tinggi dalam bidang pendidikan sejak negara mencapai kemerdekaan, 56 tahun yang lepas.

Menurut PPPM, penyediaan sokongan dan sumber adalah penting bagi membolehkan guru fokus kepada tugas utama mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan prestasi sekolah.

"Seawal 1980, perbelanjaan persekutuan untuk pendidikan rendah dan menengah sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tertinggi di Asia Timur.

Pada 2011, jumlah perbelanjaan pendidikan ialah sebanyak 3.8 peratus daripada KDNK atau 16 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan.

Ia bukan sahaja lebih tinggi daripada purata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebanyak 3.4 peratus daripada KDNK dan 8.7 peratus daripada jumlah perbelanjaan awam, malah setara atau lebih tinggi daripada sistem berprestasi tinggi seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan.

"Pada 2012, kerajaan terus menyediakan peruntukan yang terbesar, iaitu RM36 bilion atau 16 peratus daripada jumlah keseluruhan Bajet kepada Kementerian Pendidikan.

"Peruntukan ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pendidikan sebagai satu daripada keutamaan negara," menurut pelan itu.

Bagaimanapun, menurut pelan itu, masih terdapat ruang untuk menambah baik dari aspek kualiti, ekuiti dan perpaduan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger