Ahli-ahli Parlimen beragama Islam didesak mendedahkan tuntutan yang terkandung dalam draf Laporan Comango iaitu laporan berkaitan hak asasi manusia yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Naib Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Azril Mohd. Amin berkata, laporan tersebut yang dihantar kepada Semakan Berpenggal Sejagat (UPR), Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah diperjelaskan kepada semua Ahli Parlimen pada 11 Julai lalu.
Kata beliau, kandungan laporan tersebut jelas cuba membuat tuntutan berbahaya untuk menghapuskan peruntukan-peruntukan sedia ada yang melarang perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) supaya golongan tersebut diberikan hak dan kebebasan sama rata.
Selain itu, katanya, laporan itu turut menuntut campur tangan untuk menghapuskan peruntukan berkaitan kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang dikatakan telah melanggar hak-hak peribadi, selain menuntut penggunaan nama Allah oleh The Herald Weekly.
Melihat sebahagian daripada isu-isu yang ditimbulkan, ternyata bahawa UPR ini telah dan akan terus dijadikan saluran untuk memanipulasi isu-isu hak asasi manusia bagi menghakis kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan menafikan hak-hak orang Islam dengan cara menampilkan unsur-unsur sekularisme, liberalisme dan pluralisme.
Wujud juga usaha untuk mengetengahkan orientasi kehidupan yang bebas daripada nilai-nilai agama dan budaya ketimuran melalui tuntutan-tuntutan hak-hak LGBT dan kebebasan untuk murtad," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azril berkata, kerajaan turut didesak tidak tunduk terhadap tuntutan-tuntutan songsang atas nama hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan yang dinyatakan di dalam laporan tersebut.
Katanya, penghapusan undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat dipercayai hasil tekanan-tekanan konsisten pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia yang menggunakan saluran UPR ini untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan mereka.
Hasilnya, kita sedang berdepan dengan ancaman-ancaman jenayah yang semakin berleluasa serta pelbagai bentuk ajaran sesat termasuk fahaman Syiah yang semakin berani menzahirkan diri mereka dalam kalangan masyarakat," katanya.

Post a Comment