Home » » "Harga Barang Ketetapan Allah" ; Dr.Maza Jangan Jadi Ulamak Semak !!

"Harga Barang Ketetapan Allah" ; Dr.Maza Jangan Jadi Ulamak Semak !!

Written By Unknown on 09/09/2013 | 12:00 pm





Dari Ustaz Dr Fathulbari ;

Dalam dunia ini, tidak ada yang gembira jika terpaksa bayar lebih untuk satu produk yang sama. Tidak ada yang suka harta berkurang sedangkan pekerjaan dan tanggungan kian bertambah.

Semua orang suka kesenangan, keuntungan, rezeki yang lapang, bonus, hadiah, serta pulangan lumayan dari apa yang dibelanjakan. Namun tidak semua harapan itu terealisasi di alam nyata. Realitinya manusia sering diuji dengan perkara yang dibenci.

Dunia bukan syurga yang semuanya ideal. Manusia yang sedar tahu bahawa dunia dicipta sebagai tempat ujian dan mereka melaluinya dengan cara yang Penciptanya redai.

Ini kerana setiap ujian datang daripada ALLAH tidak secara langsung tetapi melalui pelbagai wasilah, sama ada melalui teman rapat, keluarga, pemimpin, orang kaya, dan sebagainya. Buktinya adalah firman ALLAH, “Dan kami jadikan sebahagian kamu ujian bagi sebahagian yang lain, adakah kamu bersabar. Dan Tuhanmu Maha Melihat.” (Al-Furqan: 20)

Kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan. Ia bukan suatu disukai dan diraikan, ia adalah azab, penderitaan bagi orang miskin.

Seseorang memiliki akidah lurus sentiasa mengaitkan apa yang terjadi, baik nikmat mahupun azab kepada ALLAH. Hal ini ditunjukkan dalam satu peristiwa di mana harga barang di pasar Madinah menjadi mahal pada zaman Nabi. Anas bin Malik ra. berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’”

Para sahabat meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang miskin dapat membeli dengan harga mampu milik. Namun mungkin kita tidak sangka Baginda enggan memenuhi permintaan itu antaranya kerana bimbang menzalimi peniaga.

Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Abu Daud)

Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH). Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini.

Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.

Siapa yang mengetahui kecuali ALLAH? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku. Oleh itu Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa’al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya).

Perintah ini sejajar dengan hadis kenaikan harga tadi, juga sabit dalam sabda Nabi, “Jika suatu musibah menimpamu, jangan kamu berkata: ‘Kalau aku lakukan begini tentu akan jadi begini dan begini’. Tetapi ucapkanlah, Qaddarallah wama syaa-a fa’al, kerana ‘kalau’ membuka pintu syaitan. (Riwayat Muslim)

Di samping itu, menjadi kewajipan atas manusia untuk beriman bahawa yang meluaskan dan menyempitkan rezeki adalah ALLAH semata, dalam erti kata turun naik harga barang tidak mempengaruhi rezeki. Ini sebagaimana firman ALLAH, “ALLAH meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

Sabda Nabi SAW, “Jika kamu bertawakal kepada ALLAH dengan tawakal yang sebenar pasti ALLAH memberi kamu rezeki sepertimana Dia memberi burung rezeki. Burung pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petangnya dalam keadaan kenyang.” (Sahih. Al-Tirmizi)

Bukanlah rezeki menjadi luas dan sempit kerana manusia, bukan juga yang memberi rezeki itu kerajaan atau diri sendiri, sebaliknya semua daripada ALLAH. Naik dan turun harga barang juga daripada ALLAH. “Segala nikmat yang ada padamu dari ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan, kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.” (Al-Nahl: 53)

Kita juga dituntut memperbanyakkan syukur, sedekah dan istighfar yang dengannya ALLAH akan tambahkan nikmat dan rezeki. Jika kita melakukannya dengan cara yang benar dan sabar, sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janji.


Baca berulangkali kalau tak faham..jangan main hentam dengan tengok tajuk d surat khabar..baca dan fahami apa yang cuba d perhalusi oleh Ustaz Dr.Fathulbari..

Semuanya kerana tak puashati sebab TIADA ISU nak hentam Kerajaan BN selepas PRU13..maka isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel d jadikan modal terkini puok kera untuk burukkan Kerajaan BN d mata Rakyat !

Sesiapa saja yang cuba jelaskan kenapa atau sebab minyak petrol dan diesel naik maka puok kera akan bedal secukupnya..waima penjelasan dari sudut ILMIAH ISLAM !!

Betapa berhati-hatinya Ustaz Dr.Fathulbari cuba meredakan kemarahan rakyat yang faham, yang tak faham dan yang sengaja tak nak faham kenapa minyak petrol dan diesel naik..bukan sengaja Ustaz Dr.Fathulbari merekacipta hadis dan firman, malah bukan dengan niat nak kipas sesiapa pun beliau huraikan KONSEP PENERIMAAN QADA & QADAR dalam Islam yang bersangkutan dengan Rukun Iman yang ke 6..

Kalau hati dah TAK MAHU TERIMA maka cakaplah apa pun maka akan d putarbelitkan dan bukan saja diri sendiri yang TAK MAHU TERIMA..mangkok taik akan ajak orang lain juga TAK MAHU TERIMA walaupun perkara yang HAK !!

Tiada niat aakj nak ngajar DrMaza..jauh sekali nak cuba tunjuk pandai..maklumlah Dr.Maza bekas Mufti..aakj bukan belajar kat pondok pun..cuma sekadar nak luahkan apa yang ada dalam otak ni..Kalau setakat jentera pakatan haramjadah menyerang dan SPIN isu ini aakj tak kesah sangat sebab tau tau je lah..puok kera ni kalau tengok Video Anwar Berzina dengan pelacur pun masih kata ITU BUKAN ANWAR !!

Maaflah kalau Dr.Maza terasa bahasa aakj kasar sikit..bukan kasar..ni bahasa manusia yang kecewa dengan sikap tahap ILMU manusia yang pernah jadi Mufti Negeri.

Lihat betapa indahnya Islam..BAB HARGA BARANG NAIK pun ada dalam Sirah hidup Nabi saw..tu makanya kena yakin bila Nabi saw kata Islam Sudah Sempurna ketika d Khutbah Widaq, khutbah terakhir Nabi saw kepada Sahabat-sahabat r.a.

Hairan jugalah kalau DrMaza cuba timbulkan polemik dengan meletak perumpamaan MEMBUNUH & MENCURI sama dengan HARGA BARANG NAIK...jangan jadi mangkok taik dah la..nak buat orang jahil atau yang kurang ilmu pening..Allah tak pernah sebut d mana-mana ayat d dalam Quran tentang SURUHAN MEMBUNUH DENGAN SENGAJA atau seumpama itu yang berkait rapat dengan Qada dan Qadar.

Masyarakat Ilmuan pun tahu..kita bukannya belajar semua tang ILMU ALLAH..kita mungkin hebat bahagian syariah tapi tidak hebat bahagian tafsir atau sebaliknya. Kita mungkin mampu hafal dan tafsir hadis beberapa kerat sahaja dan itu pun kita patut bersyukur bukannya guna PANGKAT USTAZ atau PANGKAT BEKAS MUFTI yang ada dengan buat TAFSIRAN SENDIRI..ore kampung aakj kata terjemoh dengan kepala lutut !!

Memang tak nafikan setiap apa yang terjadi d atas diri kita dan muka bumi ini ada hikmahnya..tetapi hati-hati bila cuba KELIRUKAN manusia lain yang dahagakan ILMU yang betul..bukan jadi ULAMA SU'..Ulama yang jahat !!

Cuba duduk sesama Ulama..tak kira beza usia..muzakkarah Ilmu yang membawa menafaat pada ummat dalam keadaan hubungan kekeluargaan..bertukar-tukar Ilmu agar ada manusia lain boleh tumpang..barulah kita yang berpangkat Ustaz atau Ulama ini akan d hormati..BUKANnya ;

Berlumba nak kejar nama..
Berlumba nak kejar glamor..
Berlumba nak orang ajak ceramah d masjid dan surau mereka atau d stadium
Berlumba kejar kekayaan dengan hasil Ilmu yang Allah bagi..
..macam-macam lagilah bab BERLUMBA ni..

Kalau rasa diri tu bongkak..mulakan semula baca Kisah Nabi saw dan Sahabat..buka kitab tu dan lihat chapter ILMU..bagaimana Sahabat Rasulullah saw berkongsi ILMU..AMAL dan SEBARKAN !

Sorilah DrMaza..aakj tak berapa nak hormat kalau Ustaz atau Ulama yang suka membidas orang lain yang juga bergelar Ulama dengan tujuan nak malukan mereka atau nak tunjuk ILMU kita lebih tinggi..Mengajar ILMU yang ada pada kita dah la..

Bersambung...khabarnya DrMaza ada 'jual hadis sendiri' d Kelantan..betul ke mata ni melihat atau salah pandang...tunggu...bukan nak cari salah tapi nak tambah ILMU...wallahualam..


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger