Enam mayat ditemui dalam dua kenderaan lama dari dasar sebuah tasik, semalam. Penemuan itu pula berlaku secara tidak sengaja apabila polis menguji peralatan sonar baru mereka.
Penemuan di Tasik Foss dekat Elk City itu dipercayai dapat menyelesaikan kes kehilangan beberapa individu yang berlaku lebih 40 tahun lalu. Dua kenderaan yang ditemui ialah kereta Chevrolet keluaran 1950-an dan Camaro keluaran 1969.
Di dalam Camaro itu polis menemui tiga set rangka dipercayai remaja tempatan yang hilang selepas keluar memandu pada 1970. Di dalam Chevrolet pula, terdapat tiga lagi mayat iaitu lelaki berusia 69 tahun dan dua rakannya yang hilang pada akhir 1950-an atau awal 1960-an.
Pihak berkuasa belum mengenal pasti mayat secara rasmi, tetapi akhbar tempatan sudah mendapat kaitan jelas antara Camaro dan remaja yang hilang berkenaan.
Mereka masih menunggu keluarga mangsa yang terbabit mendedahkan nama mereka. Jimmy Allen Williams 16, Thomas Michael Rios, 18, dan Leah Gail Johnson, 18, hilang pada 20 November 1970 selepas menaiki Camero milik Williams.
Walaubagaimanapun, selepas 40 tahun, mereka masih disenaraikan sebagai orang yang hilang selepas dipercayai lesap ketika menuju ke perlawanan bola sepak dekat Elk City.
Post a Comment