Home » » Foto ; Markaz Syiah Gombak Di Serbu !

Foto ; Markaz Syiah Gombak Di Serbu !

Written By Unknown on 28/09/2013 | 3:00 pm

JAIS Serbu Port Syiah Di Sri Gombak

Serbuan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), ke atas markas  Syiah di Sri Gombak malam tadi  menemui jalan buntu apabila tiada seorang pun ahli Syiah yang berjaya ditahan oleh penguatkuasa.
Seolah-olah mengetahui kehadiran penguatkuasa, markas Syiah itu sunyi sepi tatkala serbuan dibuat.
Sebelum itu, penguatkuasa Jais terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk memecahkan mangga di pintu, sebelum berjaya memasuki markas berkenaan.
Tatkala menjejaki ke dalam markas berkenaan tulisan memuji serta memuja Saidina Ali tertera di dinding markas berkenaan.
Turut ditemui ‘batu Karbala’ serta kitab-kitab mengenai ajaran Syiah.
Semua kitab tersebut disita oleh Jais namun premis berkenaan hanya akan disita oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Serbuan diketuai oleh Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Jais, Mohd Shahrom Maarof serta dianggotai oleh 25 anggota penguatkuasa. – SINAR HARIAN
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger