Home » » Calon Baru Bakal Ganti Arwah Azizan Razak

Calon Baru Bakal Ganti Arwah Azizan Razak

Written By Unknown on 28/09/2013 | 4:00 pm


Pas tidak menolak kemungkinan akan menampilkan muka baru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dun Sungai Limau berikutan penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman, pagi semalam.

Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu masih dalam perbincangan dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada Badan Perhubungan Pas Kedah sebelum sebarang pengumuman mengenainya dibuat.

“Insya-ALLAH kerusi tersebut masih kekal milik Pas... kita mungkin akan menampilkan wajah baru bagi mempertahankan kerusi itu.

“…Pas Pusat belum bermesyuarat hal itu, urus setia politik negeri akan membuat cadangan mengenai nama calon dan seterusnya Badan Perhubungan akan membuat keputusan, Insya-ALLAH kita tunggu sahaja keputusannya,” katanya

Adun Sungai Limau, Azizan yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kemarin.

Sementara itu,SPR dalam masa yang sama akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh paling sesuai untuk hari penamaan calon dan pengundian bagi PRK di kerusi Dun Sungai Limau, dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dun Kedah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara itu termaktub dalam undang-undang, yang menetapkan bahawa mesyuarat mengenainya tidak boleh diadakan lebih dari tempoh 10 hari selepas kekosongan itu dimaklumkan.

Katanya beliau menjangka notis itu mungkin akan diserahkan kepada SPR hari ini, esok atau hari Ahad memandangkan pejabat-pejabat kerajaan di Kedah dibuka pada hujung minggu.

"Beri kami tempoh seminggu, lebih kurang. Sebab undang-undang pun ada, tidak lebih daripada tempoh 10 hari kerusi itu dimaklumkan kosong, kita kena panggil mesyuarat, tak boleh 12 hari lepas itu," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Speaker Parlimen Myanmar, Thura U Shwe Mann di pejabat SPR semalam.- SH
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger