Lelaki yang mendakwa dirinya Ahli Parlimen dari Togo, seakan tidak dapat menerima hukuman gantung yang dikenakan ke atasnya berhubung kesalahan mengedar 1.5 kilogram dadah, di Shah Alam semalam.
Bebou Akpo Bouraima, 40, meninggikan suara selepas mahkamah selesai menjatuhkan hukum.
“A politician is drug dealer? It’s not fair (Ahli politik edar dadah? Tak adil),” katanya.
Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman terhadap Bebou Akpo, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tertuduh,” katanya.
Bebou Akpo yang juga ahli perniagaan memegang kerakyatan Jerman didakwa mengedar methaphetamin di kawasan tuntutan bagasi G, Balai Ketibaan Antarabangsa, Aras 3, Bangunan MTS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 4.45 petang pada 22 Januari 2011.
Dia didakwa ikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum ikut Seksyen 39B(2) akta sama yang peruntukkan hukuman mandatori.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asyraf Mohd Kamal manakala tertuduh diwakili peguam, Karpal Singh.
Aakj; Karpal tidaklah hebat sepanjang masa...
-mymedia
Post a Comment