Home » » "Kerajaan Berniat Jahat Pada Maznah Yang Sambut Raya Dengan Anjing"?

"Kerajaan Berniat Jahat Pada Maznah Yang Sambut Raya Dengan Anjing"?

Written By Unknown on 04/08/2013 | 6:00 pm


Peguam wanita Melayu Islam yang sambut aidilfitri dengan anjing, Maznah Mohd Yusof, 38, membidas gesaan oleh kerajaan supaya penjaga anjing tersebut dipulihkan akhlaknya adalah sebagai suatu yang berniat jahat dan tidak berasas.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah yang kini menjadi kritikan ekoran video pemaparan dirinya bersama tiga ekor anjing di YouTube baru-baru ini.

"Kenyataan tersebut berniat jahat, tidak berasas dan berat sebelah kepada hak perundangan Chetz (maznah) yang ketika ini dalam siasatan.

"Ia jelas menunjukkan pihak berkuasa meneruskan serangan tidak adil mereka dan propaganda ke atas Chetz,"
kata N Surendran dan Latheefa Koya (gambar) dalam satu kenyataan media bersama.

Menurut peguam-peguam Maznah itu, anak guamnya masih belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan dan sikap menghakimi sesuatu perkara sebelum diputuskan di muka pengadilan telah menafikan hak asas Maznah untuk membela diri.

"Timbalan Menteri Datuk Jailani Johari , Jabatan Perdana Menteri dan Jakim perlu tahu Maznah belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan.

"Apakah asas Maznah dikritik atas tingkahlakunya? Ini menunjukkan kerajaan dan Jakim bertindak sebagai hakim, juri dan pendakwa tanpa Maznah diberi peluang untuk membela dirinya," tegas peguam Maznah lagi.

Surendran dan Latheefa kemudiaan menggesa Maznah supaya menarik balik kenyataannya dan pada masa sama memberi amaran untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan untuk membela hak anak guamnya.

Maznah baru dibebaskan pada 2 Ogos lalu selepas direman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.
Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dimuat naik ke dalam YouTube pada Isnin.
Video itu menunjukkan Maznah membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar berhampiran pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Maznah memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya seolah-olah mengambil wuduk sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.

Aakj : puok kera ni dok pusing juga supaya kes ni jadi modal politik dan nampakkan Kerajaan BN zalim..tuuuiHHH !! kononnya nak tunjuk hero dalam kes yang terang dan nyata hina Islam..Latifah ni pun kita patut cek tahap Islamnya !!



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger