Home » » Hospital Swasta Tidak "Mesra Islam" : Makan Sahur Tidak Di Sediakan !!

Hospital Swasta Tidak "Mesra Islam" : Makan Sahur Tidak Di Sediakan !!

Written By Unknown on 02/08/2013 | 6:00 pm



Seorang pesakit di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor, mendakwa tidak dibekalkan makanan untuk bersahur sepanjang seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan pada Ramadan ini.

Beliau yang enggan namanya didedahkan berkata, dia sudah meminta pihak pengurusan hospital menukar waktu penghantaran makanan untuknya pada waktu siang kepada waktu sahur, namun tidak dilayan.

Katanya, biarpun pihak hospital mengesahkan beliau boleh berpuasa, masa penghantaran makanan tetap dikekalkan pada waktu siang dan sekiranya ditolak, caj untuk makanan tetap sama.

"Hanya isteri yang menjaga saya dalam wad dan beliau tidak pandai memandu kereta untuk membeli makanan di restoran berhampiran," katanya kepada BH, semalam.

Pesakit yang enggan namanya didedahkan mendakwa, sepanjang seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan, beliau dan isteri hanya bersahur dengan memakan roti untuk mengalas perut.

Katanya, beberapa pesakit turut menyuarakan kepadanya mengenai kesulitan mereka berpuasa sepanjang berada di wad kerana hanya menjamah makanan yang boleh bertahan dalam jangka masa singkat.

"Mungkin ia dasar hospital berkenaan, namun apalah salahnya pihak pengurusan menghormati orang Islam yang mahu menunaikan ibadah puasa sepanjang menerima rawatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pihak hospital sepatutnya menghormati pesakit Islam yang mahu berpuasa.

Katanya, ini disebabkan tidak semua penyakit menghalang pesakitnya berpuasa seperti patah kaki, selain ada penyakit yang memerlukan penghidapnya menunaikan puasa.

"Kami harap pihak hospital tidak menghalang pesakit yang menerima rawatan dalam wad daripada menunaikan ibadah puasa. Mereka perlu menukar waktu penghantaran makanan bagi membolehkan pesakit Islam berbuka puasa dan sahur," katanya.


-PPIM
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger