Harga Bendera Lebih Murah Dari Sekotak Rokok
Semangat rakyat di negara ini untuk mengibarkan jalur gemilang semakin kurang walaupun harga bendera itu lebih murah daripada sekotak rokok.
Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, perkara itu sangat mendukacitakan kerana pengibaran jalur gemilang merupakan satu cara untuk rakyat negara ini menzahirkan semangat patriotisme dalam diri mereka.
"Masalahnya ialah tiada perasaan dalaman dalam rakyat kita terutama yang sebahagiannya duduk di bandar.
"Kita juga dapati pelajar-pelajar kita tidak terlengkap dengan rasa cinta kepada negara menerusi perlambangan bendera Jalur Gemilang...bendera lambang yang paling mudah dan murah yakni hanya lapan batang rokok harga satu bendera kita boleh kibarkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Profesor Emeritus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada bekas Rektor UIAM Kedua Dato Dr Abdulhamid Ahmad Abusulayman, di sini hari ini. - Bernama
Post a Comment