Home » » Tutup Kilang Arak Carlsberg Shah Alam : Sandiwara Terbaru Pas !

Tutup Kilang Arak Carlsberg Shah Alam : Sandiwara Terbaru Pas !

Written By Unknown on 04/07/2013 | 2:29 pm


Pemuda PAS menyarankan kerajaan Selangor supaya menutup kilang arak Carlsberg di Shah Alam bagi meraikan umat Islam negara ini.

Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abd. Halim berkata, perkara itu wajar dikaji kerana kilang arak itu merupakan yang terbesar di Malaysia dan di Asia Tenggara.

“Amat baik sekali jika kilang arak Carlsberg di Shah Alam dikaji semula dan seboleh-bolehnya ditutup bagi meraikan umat Islam Malaysia.

“Pemimpin bukan Islam mula faham tentang bahaya arak walaupun dalam masa sama ada pemimpin Islam yang buat-buat tidak faham mengenainya,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai mengulas cadangan larangan minuman keras di tempat awam di Selangor oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar.

Sehubungan itu Syarhan Humaizi menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut memandangkan arak boleh membahayakan keselamatan dan kesejahteraan hidup masyarakat.

Beliau turut mencadangkan supaya melarang penjualan arak murah di premis 7-Elevan serta kedai-kedai runcit dan tindakan dikenakan terhadap premis yang menjual arak kepada orang Islam.

Katanya, semua tindakan itu bukan bermaksud mengharamkan terus arak kepada orang bukan Islam tetapi bertujuan mengawal pengambilannya dalam kalangan rakyat Selangor.

Justeru, katanya, beliau berharap cadangan itu bukan sahaja diguna pakai di Selangor, tetapi juga oleh kerajaan pusat supaya dapat dilaksanakan di seluruh negara. – mynewshub.my


Aakj : Kuasa d tangan kita..tunggu apa lagi..dulu menyalak macam anjing tang isu Kilang Arak ni..sekarang dah berkuasa..1001 cerita nak tunjuk kononnya perjuangan masih Islamik..tuuuiHHH tunggulah penggal lagi sekali..anjing Dap ni akan menyalak lagi dan lagi dan lagi !!
Share this article :

+ comments + 1 comments

7/04/2013 4:48 pm

apa salahnyer kalau semua umat islam dalam parlimen monyokong tindakan ini walaupun datang daripada pembangakang... ambil yang jernih buang yang keruh....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger