Home » » Sindiket "Ibu Daif" Menular Di Malaysia !!

Sindiket "Ibu Daif" Menular Di Malaysia !!

Written By Unknown on 05/07/2013 | 9:30 pm

Peminta Sedekah

Semalam wartawan MyNewsHub terserempak dengan seorang wanita yang kelihatan sangat daif.
Dicelah-celah kesesakan jalan raya di persimpangan Lebuhraya Persekutuan berhampiran Hotel Hilton, Petaling Jaya, wanita tua ini berjalan dari satu kereta ke satu kereta menjual tisu.
Aktiviti tersebut boleh mengancam nyawa wanita itu kerana jalan tersebut dilalui ribuan kenderaan setiap hari.
Apakah kadar kemiskinan dan gelandangan di Malaysia ini masih berada di tahap tinggi?
Hinggakan masih ada golongan yang perlu menjalani kehidupan sebegitu.
Bagi penulis, imej tersebut tidak harus di bawa dalam negara yang semakin maju ini apatah lagi di tengah kota raya.
Bayangkan apa yang akan orang luar atau pelancong fikirkan terhadap tahap pembangunan sosial di negara ini.
Menjadi persoalan penulis, adakah wanita tersebut benar-benar daif untuk mencari rezeki atau itu merupakan satu taktik sendikit pada masa kini?
Jika benar wanita tersebut berada dalam keadaan daif, kenapa tidak ada agensi atau kementerian bertanggungjawab memainkan peranan mereka dalam menangani isu ini?
Tetapi, jika ia merupakan sebuah sendikit yang menggunakan kaum wanita sebagai satu taktik meraih simpati orang ramai, ia harus ditangani segera
Yang pasti, isu sebegini bukan pertama kali terjadi.
Justeru, pihak berkuasa harus memandang serius isu sebegini kerana kita tidak mahu golongan sebegini menjadi mangsa golongan di luar sana yang mementingkan diri.
Pernah anda melalui perkara sebegini?
Kongsikan pendapat anda bersama kami.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger