Home » » Pembangunan Belia Sarawak Terus Di Politikkan ?

Pembangunan Belia Sarawak Terus Di Politikkan ?

Written By Unknown on 29/07/2013 | 2:00 pm


SKL kali ini ingin menyentuh sedikit berkenaan Pembangunan Belia di Malaysia; terutama di Sarawak oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Belia merupakan aset yang penting dari segi mana-mana sudut yang kita fikirkan tidak kira dalam sosial, ekonomi mahupun politik. Adakah ianya benar dan masihkah relevan perkataan "ASET" itu?

Dari statistik jumlah belia yang ada di Sarawak sehingga tahun 2010, terdapat 750,000 orang belia di negeri ini yang berumur sekitar 18-40 tahun.

Apa yang kita nak cerita di sini ialah; bagi belia yang berumur sekitar 18-30 tahun, apa yang akan terjadi kepada golongan ini? Apakah perancangan Jabatan Belia dan Sukan ataupun Menteri Belia dan Sukan diperingkat persekutuan mahupun negeri untuk membangun masa hadapan para belia kelompok ini? Kalau nak dikatakan "...biarlah ibubapa mereka sendiri yang membentuk", untuk apa jabatan ini ditubuhkan? tuding jari kepada Registrar of Youth? Sampai bila?


JABATAN BELIA DAN SUKAN

Sejauh manakah peranan Jabatan Belia dan Sukan(JBS) dalam usaha pembangunan belia di Sarawak? Jika kita lihat secara keseluruhan, jabatan ini banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti pembangunan belia. Dahulunya, kita pernah dengar program RAKAN MUDA yang dianjurkan oleh kerajaan persekutuan. Selain itu, dengan meneruskan usaha pendaftaran NGO belia menerusi Registrar Of Youth (ROY), JBS juga dikaitkan dengan jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan usaha pembangunan belia. SKL menyeru anda semua bertanya kepada para belia sekarang yang berumur sekitar 30-35 tahun, apakah usaha JBS mempunyai kesinambungan sehingga sekarang? Ataupun tiada berita? Pernah juga SKL mendengar rungutan dari para belia mengatakan bahawa JBS "pilih bulu"? Hanya mengutamakan menaja program-program belia untuk zon Kuching dan tidak 'favour' dengan program-program belia dari zon tengah mahupun di sebelah Bintulu atau Miri; yang di Kuching pula merungut terhadap pihak JBS yang kerap kali tampil dengan jawapan mudah atau alasan "TIDAK ADA FUND"? Jarang sekali kita melihat jadual perancangan program belia sepanjang mana-mana tahun dibentangkan bagi tujuan persediaan para belia menyertai program tersebut.

Usaha KBS dan JBS amatlah dihargai apabila mereka mula membina gelanggang Futsal 1 Malaysia di seluruh negara termasuk Sarawak. Sukses membina tetapi mengundang masalah. Para belia menggunakan sepenuhnya gelanggang tersebut, namun proses penyelenggaraan gelanggang tidak dirancang sebaiknya; pihak yang sepatutnya bertanggungjawab mengendali penyelenggaraan gelanggang -contonhya JKKK atau yang berkaitan tidak menjalankan tanggungjawab setelah beria-ia memohon peruntukan dari JBS. Akibatnya, gelanggang terpaksa ditutup dan JBS bakal menghadapi kes "cuci pinggan" jutaan ringgit.

Namun JBS, ratusan ribu belia di Sarawak semua main futsal ke?

SABERKAS

Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) ditubuhkan pada 22 Julai 1972 atas persetujuan wakil-wakil empat pertubuhan belia terbesar di Sarawak - Gabungan Kelab-Kelab Melayu Sarawak, Majlis Belia Sarawak, Kelab-Kelab Belia Bidayuh Sarawak dan Kelab 4H. Ia dirasmikan pada 31 Mac 1973 oleh Tun Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub dengan objektif utama, "menyatukan belia-belia dan menggemblengkan tenaga mereka untuk pembangunan negara dengan setia serta memiliki semangat dan iltizam untuk berbakti".

Jika kita lihat pada tarikh penubuhan Saberkas iaitu pada tahun 1973, ianya adalah merupakan sebuah organisasi belia yang "OTAI" di Sarawak. Pelbagai program belia telah diadakan; kejayaan demi kejayaan dicipta. Namun sejak akhir-akhir ini, kewujudan Saberkas mula menampakkan ketempangan apabila ianya dimonopoli oleh ahli-ahli politik terutama dari golongan pemuda parti. Jika sebut Saberkas, maka akan wujud atau timbul dalam pemikiran seseorang secara 'auto' terbayang perkataan PBB ataupun parti komponen BN Sarawak. Organisasi ini mempunyai "FUND" yang cukup untuk menggerakkan aktiviti pembangunan belia; namun persoalan timbul-berapa banyakkah aktiviti yang diadakan sejak akhir-akhir ini? Kalau nak dipantau di setiap kawasan, kebanyakannya tidak aktif dan 'baru nak diaktifkan semula' hasil inisiatif YB-YB barisan baru dalam setiap DUN. Jika strategi masih sama, belia akan terperangkap dengan sikap 'gah' dengan nama sahaja; tidak bertindak. Wujud sesetengah kawasan hanya gah pada nama dan sekadar cukup syarat penubuhan organisasi; ahli entah ke mana. Apabila ditanya kepada ahli-ahli Saberkas apakah aktiviti yang mereka jalankan; kebanyakannya akan menjawab,"Catering, lawatan sambil belajar, karaoke dan FUTSAL (lagi?). Dapatkah aktiviti-aktiviti seperti ini menyumbang kepada pembangunan belia?

PEMUDA BN

Ianya melibatkan parti-parti komponen BN Sarawak; PBB, SPDP, PRS dan SUPP. Jelas dan terbukti kewujudan barisan belia di dalam Pemuda BN ini hanyalah aktif semasa pilihanraya sahaja. Tidak dapat dipersalahkan juga kerana mereka ini bernaung dibawah parti politik. Seharusnya setiap tindakan-tindakan mereka menjurus ke arah aktiviti-aktiviti politik sahaja. 

Wujud usaha mereka untuk mengembangkan pembangunan belia di Sarawak namun rakyat Sarawak sudah sedia maklum; tertanam di dalam minda mengatakan bahawa mereka ini cuma akan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang sama seperti FUTSAL dan KARAOKE setiap tahun.(kalau dapat, setiap bulan). Tiada kesinambungan selepas pilihanraya melainkan ada kepentingan individu melalui projek-projek pembangunan kawasan; mengharap ihsan YB-YB. SKL ada mendengar tentang kewujudan kelompok PBB yang mewujudkan kumpulan penggerak ekonomi pemuda, namun apa yang dapat dilihat ianya hampir tiada fungsi. Adakah kerana wujudnya "kepentingan peribadi"?

Aktiviti pendaftaran undi untuk belia-belia baru jarang sekali diadakan; sedangkan itu merupakan perkara yang paling penting untuk masa depan politik negeri Sarawak.

FAKTA SPR

Daftar undi pengundi baru sehingga Mei 2013:

UMNO 449 
MCA      43
MIC       24
PAS     110
PKR       65
DAP     524 

Diharap, dengan adanya fakta diatas, boleh menggerakkan lagi jentera-jentera pemuda ataupun belia dalam proses "PEMBANGUNAN MINDA" belia di Sarawak.

SKL tidak nafikan menerima rungutan ramai belia dari seluruh Sarawak berkenaan ketiadaan kesinambungan program-program belia yang mereka kategorikan sebagai 'hangat-hangat ta_i ayam".

Kepada para belia di Sarawak pula, janganlah terlalu mengharap bantuan kewangan 100% dari pertubuhan atau jabatan. Bangunkan diri anda lebih ke arah aktiviti pembangunan EKONOMI anda sendiri selain menggerakkan aktiviti pembangunan secara berkumpulan melalui organisasi. Poket sendiri lebih penting "dibangunkan" terlebih dahulu berbanding berpura-pura membangunkan "poket" organisasi; sebaliknya mengejar projek-projek demi keuntungan peribadi; satu persatu belia lain disabotaj (atau "dibunuh").

Bagi SKL, para belia perlu didedahkan dengan pembangunan ekonomi melalui pelbagai jenis bantuan dari agensi kerajaan;dibuat menerusi NGO ataupun organisasi yang diketuai oleh orang yang betul-betul telus berjuang membangunkan belia. Ini adalah untuk mengelakkan senario belia berterusan datang sebagai "pengemis" kepada mana-mana jabatan atau agensi suatu hari nanti; kadang-kadang 'merimaskan' sesetengah YB kawasan.

p/s: SKL sekadar menulis dan menaip. Pada tahun 1980an dan 1990an, wujud juga penulis dengan topik yang hampir sama, namun tiada tindakan apa-apa dari pihak berkaitan. Dan yang paling ketara sehingga sekarang ialah:
'PEMBANGUNAN BELIA TERUS DIPOLITIKKAN'

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger