Home » » Ali Rustam Tawar Diri Bertanding Jawatan Naib Presiden UMNO ?

Ali Rustam Tawar Diri Bertanding Jawatan Naib Presiden UMNO ?

Written By Unknown on 19/07/2013 | 1:00 pm


"CADANGAN TUGASAN UNTUK PANGLIMA BN MELAKA YANG `"CEDERA’" Dato Ali Rustam (DAR) di ura urakan untuk mengisi jawatan TYT Melaka.saya ingin berkata sedikit mengenai DAR ini,"Our beloved Boss"..Jawatan TYT Melaka memang berstatus, bergaji dan kemudahan yang baik, ber`imumiti’ dari segi tindakan undang undang (jika tidak silap) dan layak kepada orang yang banyak menabur bakti kepada Melaka. 

Selama ini, TYT Melaka adalah daripada orang luar.Tetapi jawatan TYT Melaka akan mematikan kareer DAR kerana DAR sudah biasa dengan rutin yang cergas, mencabar, mengunjungi kenduri kendara dan banyak membuat perancangan. DAR sudah biasa dengan membuat rondaan, bebas berjalan dan mesyuarat sehingga dini hari, mengkritk penjawat awam yang malas dan cuai.

Mungkin DAR akan jatuh sakit kerana beliau terpaksa mengurangkan aktiviti berbasikal dan berjogging.Jawatan SU UMNO sekarang disandang oleh Tengku Adnan Mansor dan tiada keperluan untuk ditukar. Jawatan SU banyak paperwork (bukan jiwa DAR) walaupun SU dibantu oleh Setiausaha Kerja Dato Rauf. 

Pada saya UMNO perlu strategis yang berkuat, implementor yang rajin dan garang. Melaka masih kekal menjadi kubu kuat BN di bawah DAR. Jikalau tidak kerana tsunami Cina terhadap BN dan dato2 setia pengampu Dar, Melaka pasti berprestasi tinggi dan DAR sudah pasti tidak tewas.

DAR seumpama seekor singa yang cedera dan hampir pulih sepenuhnya dan bersedia berjuang. Orang macam DAR ini tahu musuh yang cederakan beliau dan semestinya akan berbalas dendam. 

Baik untuk UMNO, penulis mensyorkan UMNO/BN mengadakan `pembersihan dan pengkukuhan sokongan BN’ di kesemua kementerian. di GLC Nasional dan Negeri dan MultiNasional dan juga Universiti.. 

UMNO/BN perlu lakukan sekarang bermula hari ini kerana 5 tahun tidak lama. Saya bukan bukan pengampu,bukan juga kaki bodek DAR,tetapi DAR yang saya kenali sangat berbeza personalitinya dengan mana2 pemimpin umno yang ada sekarang,bagi saya DAR adalah "klon mahathir 2"

Ahli2 Umno buka lah mata,kalau nak Ubah,kita Ubah masa pemilihan ini,pemimpin yang tido atau yang jadi boneka kita humban ke laut,kita tidak memerlukan pemimpin begitu,anda nilai dan teliti mana2 pemimpin yang tidak berfungsi kita nyahkan dia,ingat kuasa di tangan kita semua ahli2 umno ,biar mereka sedar tanpa kita mereka tidak akan di angkat menjadi pemimpin!!.

"UBAH,SELAMATKAN UMNO" DAR layak sangat untuk bertanding dan memenangi jawatan naib presiden umno,DAR sangat2 kita perlukan untuk mengubah segala kepincangan umno yang makin kusut..13 tahun mengemudi Melaka,anda semua mampu menilai siapa itu DAR!!

DATO SERI MUHAMMAD ALI BIN RUSTAM UNTUK JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO ......... PERJUANGAN YANG MASIH BELUM SELESAI ...."

NRA

Aakj ; suara akar umbi yang ingin lihat DAR terus berbakti dalam UMNO walaupun DAR tewas dalam PRU baru-baru ini wajar d lihat dan d beri perhatian serius kerana semangat dan khidmat beliau sebelum ini bukan retorik..aakj rasa semua ahli UMNO kenal siapa DAR selama ini..

Semangat juang DAR yang tinggi yang jarang d lihat ada pada pemimpin UMNO yang lain..biasanya bila dah kalah maka terus menyepi..dah tak nak bantu UMNO BN..walhal masa dia jadi calon..penyokong dan ahli UMNO tolong bagai nak rak..dah dapat pencen terus senyap..tapi tidak pada DAR..beliau masih aktif dan ingin terus menabur bakti..syabas dan tahniah !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger