Aakj : gila apa PENJENAYAH diiktiraf sebagai Pemimpin Rakyat !!
MyKMU :
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Tuan Lim Kit Siang, hari ini, menggesa Perdana Menteri menggunakan pendekatan wassatiyah dengan tidak cuba mematikan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hukuman yang lebih berat dari yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan lalu.
Dalam perbahasan beliau di Parlimen sebentar tadi, Supremo Parti Tindakan Demoktratik (DAP) itu menggesa Perdana Menteri dan pihak Pendakwa Raya menarik balik rayuan meningikan hukuman ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru-baru ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Mohd Azlan.
Lim turut menyatakan kesalahan ini bukanlah “public interest” yang memerlukan hukuman maksimum. Malahan menurut beliau, kes rasuah di Indonesia membabitkan bekas Menteri juga hanya dihukum separuh dari daripada hukuman maksimum sedangkan ia merupakan kes yang mempunyai kepentingan awam.
Tindakan Lim menggunakan perbahasan Parlimen bagi mengulas hukuman harus dikenakan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap satu kes individu adalah satu campur tangan jelas legistatif (perundangan) ke atas kehakiman. Malah perbahasan Lim yang tampak menyarankan campur tangan Perdana Menteri bagi meringankan hukuman ke atas Anwar Ibrahim mengundang pula campur tangan eksekutif ke dalam kehakiman.
Bukankah saranan dan usaha mencampuri bahagian lain pentadbiran negara ini merupakan satu ancaman kepada pengasingan kuasa (separration of power) dalam sistem pentadbiran demokrasi dan menuju ke arah “penyalahgunaan kuasa”?
DAP sebelum ini merupakan antara parti terkehadapan bercakap soal pengasingan kuasa dan ketelusan kehakiman hari ini mendesak campurtangan perundangan dan eskekutif ke dalam kehakiman?
Bukankah ini menunjukkan demi kepentingan peribadi dan politik parti mereka, DAP sanggup berbuat apa sahaja yang bertentangan dengan laungan kebebasan kehakiman mereka? Jika belum berkuasa sudah demikian perangai dan pandangan, apakah jaminan bila mereka berkuasa mereka tidak akan melakukan penyalahgunaan kuasa yang lebih serius?
Nampaknya, di mata DAP, keadilan hanya untuk kalangan mereka yang mampu membantu parti tersebut mendapat kuasa. Dalam kes ini survival Anwar dalam politik lebih penting daripada menegakkan keadilan untuk mangsa Anwar Ibrahim – Saiful Bukhari Mohd Azlan.
Nota: Jangan komen soal Anwar Ibrahim dianiaya kerana Saiful Bukhari telah bersumpah atas nama Allah,Anwar Ibrahim belum. Jika ada muslim menyatakan Anwar tidak bersalah, Saiful pembohong, maka nyatalah dia hanya muslim keturunan dan tidak percaya kekuasaan Allah.

Video Mangsa Liwat Bersumpah di SINI
Post a Comment