Home » » Terengganu : Wang Simpanan Di Curi Melalui "Online Banking"

Terengganu : Wang Simpanan Di Curi Melalui "Online Banking"

Written By Unknown on 08/10/2014 | 9:12 pm

SETIU: Wang seorang pesara bagi ganjaran pencen berjumlah RM70,000 di sebuah bank di Bandar Permaisuri telah lesap.

Perkara tersebut disedari oleh Johari Che Ismail, 57, yang tinggal di Taman Kancil Jaya selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM pada 1.50 petang semalam berikutan bakinya tidak mencukupi iaitu RM42 sahaja.

Setelah tu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bandar Permaisuri pada jam 4 petang semalam.

“Setelah mencuba dua kali untuk mengeluarkan RM500, kad saya tidak diterima ATM hingga menyebabkan saya masuk ke dalam bank berkenaan untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai bank,” katanya.

Johari berkata beliau bersara daripada JKR Setiu akhir tahun lepas dan menerima ganjaran pencen berjumlah RM123,000 yang disimpan di dalam bank berkenaan.

Menurut beliau, dia bersara daripada JKR Setiu pada akhir tahun lepas dan menerima ganjaran pencen yang berjumlah RM123,000.

Tambahnya lagi, berdsarkan kenyataan bank menunjukkan terdapat pengeluaran wang dilakukan sejak 14 Mac sehingga 6 Oktober. Bagaimanapun pengeluaran itu telah dibuat oleh individu yang tidak dikenali secara pemindahan wang menerusi internet sebanyak 69 kali.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintenden Abdul Rahman Raja Mohammed, kes dikategorikan sebagai jenayah siber. ─Siakapkeli

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger