Home » , » Terbaru : Azmin Ali Arah Beku Akaun Warga Emas

Terbaru : Azmin Ali Arah Beku Akaun Warga Emas

Written By Unknown on 01/10/2014 | 9:45 pm

KENYATAAN MEDIA

RABU, 1 OKT 2014

ARAH BEKU AKAUN SMUE BTR DAN P. KLANG: AZMIN MULAKAN KARIER DENGAN  LANGKAH SUMBANG

Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar baharu telah mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang mantan Menteri Besar, YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Arahan yang dikeluarkan  atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September 2014 dan saya percaya ia dibuat atas arahan Menteri Besar, YAB Mohamed Azmin Ali.

Tindakan pantas Menteri Besar baharu ini seolah-oalah jawapan atau reaksi kepada titah DYMM Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri Selangor mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baharu demi rakyat.

Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada UMNO tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas Menteri Besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Ternyata segala jasa-jasa YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim selama lebih enam tahun menerajui Negeri Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh  Menteri besar baharu.

 YAB Mohamed Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.  Budaya ini amat berbeza  di bawah pentadbiran YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menyemai  budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi.

Saya mendesak Menteri Besar memberi penjelasan munasabah  bahawa arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim. 

Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat yang telah pun lama  berputik dan semakin merebak  semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’.

 

FAEKAH BT HUSIN

PEGAWAI KHAS KEPADA

ADUN PELABUHAN KLANG

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger