Home » » Tayar Pesawat Pecah Sebelum Berlepas

Tayar Pesawat Pecah Sebelum Berlepas

Written By Azmy Klanajaya on 05/10/2014 | 11:28 am

LOS ANGELES: Sepasang tayar pecah ketika pesawat Aeromexico membawa 129 penumpang dan enam kru sedang bersiap untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, semalam.

Situasi mencemaskan itu memaksa juruterbang menghentikan kapal terbang itu segera tapi tiada kecederaan dilaporkan.

Tiada penumpang yang mengalami kecederaan dan semua diturunkan dengan selamat dari Aeromexico Flight 18 sebelum dinaikkan ke beberapa bas dan dibawa ke terminal.

Penumpang berkenaan kemudian mengambil penerbangan lain untuk berlepas ke Bandaraya Mexico.

Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, sepasang tayar pada sebelah kiri pesawat Boeing 737 adalah puncanya.

Pegawai NTSB tidak bercadang melakukan penyiasatan lanjut, menurut jurucakapnya, Peter Knudson.

Sementara itu pegawai dari Aeromexico tidak memberi komen segera manakala laporan awal Federal Aviation Administration menyebut gear pendaratan sebelah kiri mengalami kerosakan.

Kejadian itu berlaku pada jam 6.30 pagi Sabtu dan landasan ditutup sementara sehingga pesawat berkenaan dipindahkan. - AP

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger