Akibat gagal memotong sebuah kenderaan, seorang penunggang motosikal putus kaki kanan manakala rakannya parah selepas terbabit kemalangan di Batu 6, Jalan Pantai-Jelebu, Seremban, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, mangsa yang dikenali Muhd Khairul, 22, dan rakannya, Akhmar Hanum, 20, menunggang motosikal jenis Yamaha LC dan dalam perjalanan dari Pantai ke Seremban.
Katanya, sejurus tiba di lokasi, penunggang, Muhd Khairun cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan namun gagal sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
"Ketika itu, sebuah lori yang datang dari arah Pantai ke Jelebu merembuh motosikal ditunggangi mangsa menyebabkan mereka tercampak sejauh tujuh meter," katanya.
Kata Abdullah, akibat rempuhan itu, Muhd Khairul putus kaki kanan manakala rakannya parah di bahagian badan serta pungggung.
"Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dekat sini untuk rawatan lanjut," katanya.
hmetro
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
-
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
Ibarat lebih sudu dari kuah, isu calon perdana menteri dari Perikatan
Nasional...
2 hours ago
Post a Comment