Home » » Selangor Pusat Membiaknya Ajaran Haram?

Selangor Pusat Membiaknya Ajaran Haram?

Written By Unknown on 03/10/2014 | 3:10 pm




Shah Alam: Empat kumpulan yang aktif mengamal ajaran sesat di negeri ini ‘panas’ apabila mereka kini dipantau rapat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak awal tahun ini.

Empat kumpulan berkenaan ajaran al-Arqam, Syiah, Qadiani serta terbaru ialah ajaran yang baru dikesan seperti yang dilaporkan Harian Metro (HM) beberapa hari lalu.

Pengarah JAIS Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, kumpulan terbaru yang didedahkan HM itu dikesan masih dalam peringkat pemantauan rapi, tetapi masih belum difatwakan sebagai ajaran sesat.

Beliau berkata, pihaknya juga kini mengesan kira-kira 19 kumpulan ajaran sesat, namun hanya empat daripadanya dikesan masih aktif mengamalkan ajaran bertentangan dengan Islam serta berisiko untuk dihidupkan kembali.

“Pergerakan 15 kumpulan lagi juga sedang dipantau secara rapi dan pihak kami mengumpul bukti jika sekiranya mereka aktif, kami akan mengambil tindakan susulan.

“Ada sesetengah kumpulan ini tidak aktif bagaimanapun, JAIS sentiasa memantau kegiatan mereka bagi membanteras ajaran yang memesongkan akidah umat Islam di negeri ini daripada diaktifkan semula,” katanya ketika sidang media dalam Seminar Pengukuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Pendekatan Pandangan Alam Islam, di sini, semalam.

Menurut Ahmad Zaharin, ada ahli kumpulan Qadiani yang difatwakan sesat cuba menghidupkan kembali ajaran berkenaan, namun JAIS berjaya mematahkannya dengan membuat beberapa tangkapan sebelum ini.

Katanya, kini terdapat 60 orang bekas pengikut ajaran al-Arqam sedang menjalani program pemulihan akidah dan 19 daripadanya mengikut perintah mahkamah, manakala selebihnya secara sukarela.

“Saya tidak dapat memberi komen berhubung perubahan mereka kerana ia membabitkan akidah seseorang.

“Namun sepanjang program dijalankan mereka menunjukkan komitmen yang baik,” katanya.

 - infosahih
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger