Home » » Sabah : Esscom Sahkan Kejadian Tembak Menembak

Sabah : Esscom Sahkan Kejadian Tembak Menembak

Written By Unknown on 26/10/2014 | 1:26 pm

Komander Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, (ESSCOM), DCP Datuk Abd Rashid Harun mengesahkan berlaku kejadian tembak menembak di Semporna, Sabah awal pagi tadi.

Menurut Abd Rashid, kejadian tersebut berlaku apabila suspek melepaskan tembakan awal kepada pasukan bertindak polis.

“Ya, ada insiden tembak-menembak berlaku. Ia bermula apabila ada tembakan dilepaskan kepada pasukan polis dan polis telah membalas dengan beberapa tembakan” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut laporan akhbar The Star hari ini, pasukan polis telah menembak mati suspek yang merupakan seorang lelaki yang dikehendaki polis.

Bagaimanapun, Abd Rashid enggan mengulas mengenai berlaku kematian dari insiden tersebut dan memberitahu bahawa identiti suspek masih di bawah siasatan polis.

Abd Rashid dijangka mengumumkan butiran mengenai insiden itu pada sidang akhbar tergempar pukul 2 petang ini di Pengkalan Marin, Semporna.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger