Menurut Pengurus Besar Angkasa Pura I di Ngurah Rai, Herry A.Y. Sikado, MH135 dengan 178 penumpang mendarat dengan selamat di lapangan terbang kira-kira jam 2.10 petang Jumaat selepas ia meminta lencongan dari laluan asalnya.
Penumpang berkenaan, seorang warga Australia bernama Samual P. Jeyanthi kemudiaanya dibawa ke Hospital Kasih Ibu di daerah Badung, Bali.
“Insiden itu tidak mengganggu operasi lapangan terbang dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa, ” kata Herry.
Pesawat itu berlepas ke destinasi asal selepas dua jam melakukan pendaratan cemas.
foto hiasan
No comments:
Post a Comment