Home » » Penumpang Bersalin: MH135 Ke Brisbane Mendarat Cemas Di Bali

Penumpang Bersalin: MH135 Ke Brisbane Mendarat Cemas Di Bali

Written By Unknown on 25/10/2014 | 1:29 am

24 OKT: Penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH135 dari Kuala Lumpur ke Brisbane melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali selepas seorang penumpangnya melahirkan anak.


Menurut Pengurus Besar Angkasa Pura I di Ngurah Rai, Herry A.Y. Sikado, MH135 dengan 178 penumpang mendarat dengan selamat di lapangan terbang kira-kira jam 2.10 petang Jumaat selepas ia meminta lencongan dari laluan asalnya.

Penumpang berkenaan, seorang warga Australia bernama Samual P. Jeyanthi kemudiaanya dibawa ke Hospital Kasih Ibu di daerah Badung, Bali.

“Insiden itu tidak mengganggu operasi lapangan terbang dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa, ” kata Herry.

Pesawat itu berlepas ke destinasi asal selepas dua jam melakukan pendaratan cemas.


foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger