GEORGETOWN: Wanita kurang siuman yang menikam pemandu Bas Rapid Penang ditahan polis di tepi jalan Paya Terubong, di sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata suspek ditahan ketika mahu menaiki bas jam 7.30 pagi tadi.
Katanya, polis turut merampas pisau yang dipercayai digunakan suspek ketika menikam mangsa.
"Suspek akan direman jam 2 petang ini," katanya
Post a Comment