Home » » Penang : Foto Hampir Bertumbuk, Barua Bawa Warga Asing Ceramah Tolak Akta Hasutan

Penang : Foto Hampir Bertumbuk, Barua Bawa Warga Asing Ceramah Tolak Akta Hasutan

Written By Unknown on 13/10/2014 | 3:23 pm

GEORGETOWN - Kehadiran warga asing sebagai speaker untuk menggesa pemansuhan Akta Hasutan mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan Kumpulan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang hingga mencetuskan suasana tegang di Padang Kota Lama di sini, semalam.

Pada kejadian kira-kira jam 6.05 petang itu, suasana kecoh mula tercetus apabila warga asing yang mewakili sekumpulan 20 individu daripada Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) berucap memberikan sokongan dalam gerakan pemansuhan Akta Hasutan dan mengkritik kerajaan.

Saksi berkata, ucapan itu menaikkan kemarahan ahli kumpulan gabungan NGO Islam dan orang awam yang turut berada di lokasi sama.

"Apa kena mengena warga asing itu dengan Akta Hasutan di negara ini?. Mereka biadab kerana tidak menghormati kedaulatan negara. Saya sokong tindakan kumpulan itu kerana warga asing tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman negara ini ," katanya.

Difahamkan, kekecohan itu bermula dengan perang mulut hingga berlaku insiden tolak menolak antara kedua-dua kumpulan terbabit.

Bagaimanapun insiden itu terlerai selepas kehadiran anggota polis yang bertugas di kawasan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan dari mana-mana pihak berhubung kekecohan itu.

"Kami juga tidak menerima sebarang permohonan permit berkaitan perhimpunan terbabit," katanya ketika dihubungi

celahgelegar

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger