Home » » Pegawai Kastam Wanita Dakwa Ketua Polis Kuat Melobi PM

Pegawai Kastam Wanita Dakwa Ketua Polis Kuat Melobi PM

Written By Azmy Klanajaya on 12/10/2014 | 1:00 pm

Terbaru, seorang penjawat awam wanita memuat naik kenyataan yang tidak bertanggungjawab di laman Facebook yang dianggap sengaja mencemarkan Ketua Polis Negara dan keseluruhan kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penjawat Awam yang bernama Haslina Sulaiman atau nama samarannya di Facebook, ‘Tone Tone, yang lebih dikenali sebagai Enot yang dipercayai berkhidmat di Putrajaya memuat naik kenyataan yang mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid melobi pada Menteri dan juga Perdana Menteri untuk menaikkan imej PDRM dengan berita-berita panas.

Kenyataan Haslina Sulaiman,

“Acually kt kne melobi mcm polis.. biau diorang bnyak amik rasuah..ni hakikat..kt dr kecik pown tau polis sk pow..so..apa yg ketua polis negara buat adalah..melobi dengan menteri..buat repo..mintak dkt pm utk up kannama polis dengan berita meletop2 even kalau nak kira kes yg kastam dpt lg meletop dr polis..hahaha..cerita kebaikan polis..wat filem pasal polis kt tv mcm gerak2 khas..so nampak la keja polis tu mcm best..padahal kja kastam lg best..awek2 kastam lg cantik kot..abg2 kastam lg hensem kot..kuarters kt plg gempak kot..so..moralo f d story..kt kann pandai promote jabatan..br org knal.”

Ekoran dari tersebarnya screenshot kenyataannya itu, Haslina telah mengehadkan akses orang ramai melihat Facebook peribadinya.

Bagaimanapun, dia tampil memberikan penjelasan berikut:

“Actually itu private msg dlm group fb jabatan sy..tp ia tlh di screen shot n dihebabhkan pd umum.
Sy mohon maaf kalau ulasan sy itu nampak kasar..Insyaallah sy akan buat pencerahan.
Sy x sangka dlm group jabatan ada duri dlm daging..natijahnyer sy yg kan..hurmmm.”

Dibawah pula perbualan penuh yang membawa kepada kenyataan tidak berasas Haslina:

Adalah wajar Ketua Polis Negara mengambil tindakan terhadap tuduhan yang tidak bertanggungjawab ini yang dilihat mencemarkan imej PDRM agar penjawat awam seperti Haslina tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tanpa bukti ini di masa akan datang.

Sumber

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger