Home » » Pasangan Gay Di Halau Dari Bas No 89

Pasangan Gay Di Halau Dari Bas No 89

Written By Unknown on 22/10/2014 | 12:30 pm



Pemandu bas nombor 89 menghalau pasangan gay turun dari bas yang dipandunya kerana berkelakuan sumbang di dalam bas itu di London, baru-baru ini. – AGENSI

LONDON 21 Okt. – ‘Bas saya, peraturan saya’. Itu hamburan kata-kata daripada seorang pemandu bas kepada sepasang lelaki homoseksual ketika dia bertindak tegas menghalau pasangan itu turun dari basnya selepas didapati melakukan perbuatan tidak senonoh dalam bas berhampiran Blackheath, di sini, baru-baru ini.


Sumber, MailOnline melaporkan, pemandu itu turut mengutuk perbuatan sumbang pasangan itu, dan menegaskan bahawa dia tidak mahu melihat perbuatan terkutuk itu berlaku di dalam bas bernombor 89, yang dipandunya.

Dia turut menggelar pasangan itu sebagai bukan lelaki sejati kerana melakukan perbuatan itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 8 Oktober lalu.

Lelaki yang dihalau keluar, Jack James, 23, berkata, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ketika dia dan temannya diarah turun dari bas itu oleh pemandunya.

“Kami sempat bertanya kepada pemandu itu dan dia berkata kami melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Kami menggeletar ketika turun dari bas. Pemandu bas itu juga menjerit kepada kami dan berkata kami bukan lelaki sejati,” katanya.

James juga sedang menimbangkan untuk melaporkan hal tersebut kepada polis, manakala Pengarah Operasi Bas TfL, Ken Davidson berkata, pihaknya sedang menyiasat tentang kejadian tersebut.


utusan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger