Home » » Pas Perosak Pakatan - Lim Kit Siang

Pas Perosak Pakatan - Lim Kit Siang

Written By Azmy Klanajaya on 01/10/2014 | 3:14 pm





Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perosak Pakatan Rakyat (PR).

Kit Siang dilaporkan Sinar Harian berkata PAS telah merosakkan prinsip konsensus PR apabila Abdul Hadi enggan mematuhi konsensus dicapai Majlis Pimpinan PR dalam mesyuarat pada 23 Julai dan 17 Ogos.

“Bagaimana PR dan Majlis Pimpinan PR hendak berfungsi jika konsensus tidak dijadikan prinsip untuk panduan operasi PR?

“PR perlu kaji bagaimana kerjasama ini boleh diteruskan dan saya cadangkan pembentukan jawatankuasa kerja merangkumi tiga atau empat wakil dari setiap parti komponen untuk membuat kajian dan cadangan,” katanya.

Kit Siang turut mengakui PR menghadapi kerosakan teruk akibat krisis berpanjangan Menteri Besar Selangor, yang diheret lebih 45 hari daripada yang sepatutnya selepas pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR pada 9 Ogos lalu.

Beliau mengakui, selepas kejayaan PR memenangi 52 peratus undi popular dalam PRU13 lalu, soalan yang mula timbul dalam minda rakyat adalah sama ada PR akan terus wujud sebagai pakatan untuk bertanding dalam PRU14.

Menyifatkan krisis terbaharu itu sebagai terburuk dalam sejarah PR, Kit Siang berkata, penegasan semula dasar bersama PR dan prinsip konsensus akan mengembalikan keyakinan rakyat dan menyelamatkan PR daripada menjadi pakatan yang hanya bertahan untuk satu PRU.

Kit Siang turut mengulangi senario yang mungkin berlaku jika sokongan terhadap PR terus menurun, seperti yang dikatakannya semasa majlis makan malam DAP Petaling Jaya di Bukit Gasing, Sabtu lalu.

Katanya, jika keputusan PRK Pengkalan Kubor di Kelantan baru-baru ini diunjurkan bagi semua kerusi Dun di Kelantan, BN mampu merampas semula kerajaan negeri itu daripada PAS.

mymassa
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger