Muka lelaki India ini mudah dilihat dalam demonstrasi-demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP. Dia merupakan pendemonstrasi berbayar dan diupah khas untuk menampar muka Najib Abdul Razak dengan selipar selain menjadi perhatian lensa kamera.
Hari ini, Krishnan a/l Mookan yang dikecam oleh banyak pihak kerana hanya untuk mendapatkan upah, telah ditahan oleh polis di rumahnya yang beralamat di Blok 08-00-11, PPR Sri Alam, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Krishnan a/l Mookan yang berusia 56 tahun telah menerima puluhan laporan polis semejak kemunculan kali pertamanya sekitar 2011 dahulu.
Bagaimanapun, hanya pada hari ini, pihak berkuasa menangkapnya menerusi satu laporan polis yang dibuat setelah si pengadu melayari laman Facebook milik Datuk Huan Chen Guan.
Dalam laporannya, pengadu telah melihat seorang lelaki India memegang selipar dengan tangan kiri sambil memukul gambar/banner yang dipegang dengan tangan kanan dan tertera gambar Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Abdul Razak.
Dalam tangkapan tersebut, polis turut merampas barang-barang seperti berikut:
1) Sepasang selipar
2) Sekeping banner tertera gambar Perdana Menteri Malaysia
3) Sehelai baju berwarna kuning
Dalam soal siasat, Krishnan a/l Mookan mengaku melakukan perbuatan tersebut. Semakan polis pula mendapati Krishnan mempunyai 3 rekod lampau tetapi tidak dikehendaki.
Dia telah diberikan jaminan polis dan dijangka akan dituduh di mahkamah pada 15 Oktober 2014.

Post a Comment