Home » » Munafik : Pas Hanya Gantung Adun Barua & Adun Broker

Munafik : Pas Hanya Gantung Adun Barua & Adun Broker

Written By Unknown on 12/10/2014 | 3:41 pm

Jawatankuasa PAS Pusat mengumumkan penggantungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin, selama setahun, berkuatkuasa hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata kedudukan dua ADUN itu bagaimanapun tidak berubah namun mereka tidak dibenarkan mewakili parti selama setahun.

"Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan penggantungan keahlian dua ADUN di Selangor namun mereka kekal sebagai ADUN kita.

"Tindakan ini dibuat selepas mereka dipanggil memberi keterangan pada 29 September lalu," katanya.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger