Home » » Minyak Mentah Turun Harga, Petrol Ron95 Naik 20Sen !!

Minyak Mentah Turun Harga, Petrol Ron95 Naik 20Sen !!

Written By Unknown on 03/10/2014 | 4:00 pm




Petrol naik 20 sen !!

Kecoh dan inilah yang ditunggu oleh barua dan broker pakatan haram untuk hentam Kerajaan BN dengan pelbagai teori sampah untuk perbodohkan rakyat.

Antara banyak alasan yang digunakan Barua & Broker 20sen..yang paling kononnya masuk akal adalah "Minyak Mentah Turun..Kenapa Petrol Malaysia Naik?"

Barua & Broker 20sen ni sengaja nak kelirukan rakyat dengan memadamkan SUBSIDI yang berada dalam harga minyak petrol selama ini di negara kita.

Bodohnya Barua dan Broker 20sen ni, mereka menjerat leher sendiri dengan kebengapan mereka bila menjadikan beberapa negara mula turunkan harga petrol berkadar dengan turunnya harga minyak mentah. Rakyat cuba dibodohkan dengan hujah teori domino harga petrol ini.

Tahukah kita, negara yang mengamalkan kadar harga petrol mengikut pasaran minyak mentah semasa adalah negara yang tidak amalkan suntikan bantuan SUBSIDI dalam harga petrol, dengan kata lain, mereka tidak pentingkan masalah rakyat kiranya wujud krisis kenaikan mendadak harga minyak mentah di pasaran global.

Dasar harga petrol mereka amat mudah, minyak mentah naik maka harga petrol pun turut naik dan begitulah sebaliknya.

Barua dan Broker cuba selindungkan nilai SUBSIDI, 48 sen seliter, satu angka yang kecil padahal dengan nilaian SEN itu kerajaan telah memberi SUBSIDI sebanyak RM 21 Billion setakat hujung bulan September 2014.

Kalau kita semua rakyat Malaysia terlalu ghairah ingin mengikut amalan sistem harga mereka, maka kita wajib TOLAK SUBSIDI, katakan TIDAK pada SUBSIDI dan kita berdemo desak kerajaan atas maksud ini.

Perlu diingat, harga pasaran petrol Ron95 sekarang adalah RM2.58 seliter..OK tak dengan harga ni ?!! Kalau ok kita tak perlu bisinglah kalau harga keperluan lain naik dan tak turun-turun walaupun harga petrol dah turun..kita dah banyakali lalui pengalaman naik-turun harga minyak petrol ini !!

Jangan lupa juga harga RON97 turun sekarang sebab tiada SUBSIDI dan mengikut pasaran dunia

Lihat jadual naik-turun di bawah ;

Sebelum 90 - RM0.89
Tahun 1990 - RM1.10 naik RM0.21
01/10/2000 - RM1.20 naik RM0.10
20/10/2001 - RM1.30 naik RM0.10
01/05/2002 - RM1.32 naik RM0.02
31/10/2002 - RM1.33 naik RM0.01
01/03/2003 - RM1.35 naik RM0.02
01/05/2004 - RM1.37 naik RM0.02
01/10/2004 - RM1.42 naik RM0.05
05/05/2005 - RM1.52 naik RM0.10
31/07/2005 - RM1.62 naik RM0.10
28/02/2006 - RM1.92 naik RM0.30
04/06/2008 - RM2.70 naik RM0.78
01/09/2009 - RM1.80 TURUN RM0.90
16/07/2010 - RM1.85 naik RM0.05
04/12/2010 - RM1.90 naik RM0.05
01/10/2013 - RM2.10 naik RM0.20
01/10/2014 - RM2.30 naik RM0.20

Banding Dari tahun 1990 rm1.10 hingga 2014 rm2.30 ...kenaikan rm1.20 sepanjang 24tahun





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger