Home » » MH370 Tidak Hilang Di Air

MH370 Tidak Hilang Di Air

Written By Unknown on 15/10/2014 | 9:11 pm

Pihak berkuasa Australia telah membuat kenyataan rasmi berkenaan pencarian pertama di kawasan air dalam yang dilakukan bagi mencari MH370.

Menurut apa yang yang dinyatakan didalam kenyataan tersebut, kawasan pencarian sebesar 670 kilomemeter persegi tidak membuahkan apa-apa hasil.

Pesawat MAS MH370 yang membawa seramai 239 penumpang telah hilang ketika membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dan setakat ini tiada sebarang jejak dijumpai walaupun banyak operasi pencarian besar-besaran yang dilakukan

Kritikan dari CEO Emirates Airlines 

Dalam laporan lain, CEO Emirates Airlines, Sir Tim Clarke melemparkan kritikan terhadap penyiasatan MH370 dengan menyatakan "MH370 dikawal hingga ke hujungnya" dan memberi pendapat bahawa pesawat itu tidak terhempas ke dalam lautan hindi.

"Pengalaman kami memberitahu yang di dalam kemalangan yang melibatkan air, dimana pesawat itu telah terhempas, akan ada sesuatu (serpihan bangkai pesawat)", katanya. "Kami tidak nampak sebarang bukti yang mengesahkan lokasi pesawat itu berada, melainkan benda yang kononnya dipanggil "electronic satellite handshake" yang mana turut saya persoalkan(kurang percaya)", katanya.

Kritikan Sir Tim Clarke dipandang serius kerana pengalamannya yang luas dalam bidang penerbangan termasuklah dalam mengoperasikan 127 buah pesawat boeing 777. - SiakapKeli

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger