Home » » MH17 ; Ada Mangsa Yang Ditemui Masih Memakai Topeng Oksigen

MH17 ; Ada Mangsa Yang Ditemui Masih Memakai Topeng Oksigen

Written By Unknown on 10/10/2014 | 2:50 pm






ATLANTA: Seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia MH 17 didapati masih memakai topeng oksigen ketika mayatnya dijumpai di timur Ukraine.

"Mereka tidak nampak peluru berpandu itu menuju ke arah mereka; tapi ada orang yang dijumpai dengan topeng oksigen di mukanya. Ini menunjukkan dia mempunyai masa untuk berbuat demikian," kata Menteri Luar Belanda Frans Timmermans dalam satu program bicara Belanda 'Pauw' kelmarin.

Pendakwaraya Belanda mengesahkan cerita menteri berkenaan, dan menyatakan ketika proses pengecaman dilakukan, topeng oksigen itu memang dijumpai pada mangsa.

"Topeng itu dipasang pada leher mangsa dengan tali elastik. Institut Forensik Belanda memeriksa topeng itu untuk mendapatkan cap jari, air liur dan DNA, tetapi keputusannya tidak dapat dimuktamadkan," kata Pejabat Pendakwaraya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, tambahnya, tidak diketahui bagaimana dan bila topeng itu dipasang pada leher mangsa. Kaum keluarga penumpang terbabit dimaklumkan pada masa berkenaan. Tiada seorang pun daripada mangsa lain yang dijumpai didapati memakai topeng oksigen.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan mengenai apa yang berlaku pada saat pesawat Boeing 777 itu didakwa ditembak oleh peluru berpandu di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, di kawasan dikuasai pemisah pro-Russia.

Hakikatnya ada penumpang yang mampu memakai topeng oksigen mengetepikan idea bahawa semua 298 orang terbunuh serta-merta di udara.

Amerika Syarikat dan Ukraine masing-masing menuduh pemisah pro-Russia menembak jatuh pesawat terbabit dengan peluru berpandu, tuduhan yang dinafikan oleh pemberontak berkenaan.

Satu laporan awal oleh Lembaga Keselamatan Belanda bulan lalu menyokong teori ini, yang menyatakan pesawat terbabit dirempuh objek berkelajuan tinggi tetapi tidak menuding jari kepada sesiapa.

Kira-kira dua pertiga daripada mangsa yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada warga Belanda. Pesawat itu sedang melakukan penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - CNN


sumber



gambar hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger