Home » » Mansuhkan BR1M?

Mansuhkan BR1M?

Written By Unknown on 03/10/2014 | 11:44 am




MyKMU ;

Tidak mengejutkan sekiranya sekali lagi, rata-rata rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak yang diakibatkan dari pengurangan subsidi. Pada hemat penulis, hanya mereka yang “kurang waras” sahaja yang tidak mengeluh akan keputusan kerajaan ini.

Dalam remang-remang dinihari membaca himpunan keluhan rakyat Malaysia melalui aplikasi-aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog mahupun WhatsApp dan Telegram, penulis putuskan bahawa ramai yang mengutarakan idea pemansuhan BR1M sebagai mekanisma terbaik dalam memastikan harga minyak dapat dikekalkan. Caranya ialah dengan menggunakan peruntukan BR1M bagi mengekalkan subsidi yang sedia ada.

Penulis tidak menolak 100% cadangan ini, memandangkan penulis sendiri tergolong di kalangan golongan pertengahan, pendapatan isi rumah di bawah RM5000 dan tidak layak menerima BR1M. Atas sentimen ini, tentu sahaja ia memberi sedikit kelebihan kepada kewangan penulis sekiranya ia benar-benar dilaksanakan.

Tetapi, apakah ini satu resolusi yang adil?

Penulis merasakan bahawa BR1M adalah mekanisma terbaik dalam memastikan golongan berpendapatan rendah menikmati apa yang penulis sifatkan sebagai perkongsian hasil. Adalah tidak masuk akal sekiranya BR1M untuk golongan miskin dimansuhkan semata-mata untuk menanggung subsidi minyak dalam keadaan di mana subsidi tersebut dinikmati dalam skala besar oleh pemilik kereta-kereta mewah, atau dalam bahasa mudahnya, orang kaya.

Hakikatnya, penggunaan petrol oleh mereka jauh lebih banyak berbanding golongan kurang berkemampuan, yang hanya mungkin terpaksa bergantung kepada motorsikal sebagai kenderaan utama pergi dan balik untuk urusan seharian.

Maka, keputusan kerajaan mewujudkan BR1M kepada golongan yang difikirkan layak adalah sangat bermanfaat. Idea pemansuhan BR1M untuk menampung subsidi minyak bukanlah resolusi terbaik.

Cuma, khusus untuk pembuat dasar kerajaan, sudah tiba masanya untuk melihat kepada golongan pertengahan seperti penulis, yang dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup. Sudahlah tidak layak menerima BR1M, pengurangan subsidi minyak pula tidak sekadar tamat di dalam tangki kenderaan semata. Apa yang mengerikan, kesan rantaian dari kenaikan harga minyak itu bakal menyaksikan harga-harga barangan akan meningkat.

Tatkala harga barangan meningkat, poket kita akan terkesan. Dan apabila poket kita terkesan, tentunya kita tidak gembira.

Penulis adalah golongan pertengahan, dan juga PENGUNDI.
Share this article :

+ comments + 1 comments

10/03/2014 12:29 pm

Masalah timbul ialah kebanyakan daripada BR1M ini tersasar kepada kumpulan yang tidak layak mendapat BR1M atas faktor maklumat peribadi yang tidak dikemaskini, guna kabel orang dalam, suami isteri sama-sama dapat BR1M, dsb...kaji dulu cara yang paling baik agar tidak tersasar kepada golongan2 ini...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger