Home » » Liwat II : Anwar Libatkan Pelakon Hollywood !! Pulak...

Liwat II : Anwar Libatkan Pelakon Hollywood !! Pulak...

Written By Unknown on 28/10/2014 | 3:18 pm




Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan dalam rayuan kes di Mahkamah Persekutuan hari ini apabila diwakili bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai peguam bela utama berhadapan dengan pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.


Anwar berkata ketua pembelaan Datuk Sulaiman Abdulllah tidak sihat ekoran pembedahan kaki dua bulan lepas.


“Gopal menemui pihak kami pada minggu lepas.


“Kita ada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (sebagai peguam utama pembelaan) … Saya bersedia dari segi mental, tetapi tidak mempunyai banyak harapan,” kata Anwar.


Anwar menyebut bahawa pelakon Hollywood Mel Gibson menghubungi untuk bertanya sama ada bintang ‘Lethal Weapon’ itu perlu mengeluarkan kenyataan.


“Dia memberitahu saya, satu perkara yang saya belajar daripada anda (Anwar) ialah jangan masuk politik,” kata Anwar mengenai perbualan singkatnya dengan Gibson.


Sementara itu laungan reformasi terus bergema di perkarangan Istana Kehakiman sebagai sokongan kepada Anwar.


Dianggarkan lebih seribu orang penyokong Pakatan Rakyat hadir termasukan pengamal media dalam dan luar negara bagi mengikuti perbicaraan‎ hari ini.


Anwar tiba pada jam 8.30 pagi bersama isteri dan anak-anaknya turut disambut dengan laungan reformasi‎ bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.


Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria‎ yang dibantu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.‎




-Beliabangkit
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger