Home » , » Laporan SKMM ke atas Portal Kerana Anggap Pelacur Lebih Mulia Dari Melayu Sertai DAP.

Laporan SKMM ke atas Portal Kerana Anggap Pelacur Lebih Mulia Dari Melayu Sertai DAP.

Written By Azmy Klanajaya on 03/10/2014 | 5:02 pm



MyKMU :

Tiga ahli wanita Melayu muda DAP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tulisan yang disiarkan dalam laman web yang didakwa menjatuhkan imej mereka.

Calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud, Young Syefura Othman dan Jamila Rahim bersama-sama Peguam Gobind Singh Deo dan MP Kulai Teo Nie Ching hadir ke SKMM di Shah Alam petang ini bagi tujuan itu.

Tulisan itu bertajuk “Melati, lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP” disiarkan dalam sebuah laman web pro-Umno dan manakala satu lagi bertajuk “DAP dan politik onani” dalam Free Malaysia Today.

Gobind berkata tulisan itu memberi kesan terhadap ahli DAP dan percaya ia satu kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Laporan telah dibuat dan kenyataan ringkas telah diambil terhadap ketiga pengadu. Saya harap tindakan dapat diambil dengan segera,” kata Gobind kepada pemberita.

Menurutnya, DAP berharap dapat menerima maklum balas daripada SKMM berhubung status penyiasatan laporan mereka minggu depan di samping akan memulakan kempen menentang tindakan menghina ketiga-tiga wanita muda itu.

Aakj : Yang Adun Dap babi dok hina UMNO Celaka tu kira lagumana..tuuuiHHH !! Mulia ke masuk Dap ni !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger