Home » » Kudat Dilanda Ribut, Foto Dua murid UPSR Cedera Bumbung Sekolah Tercabut

Kudat Dilanda Ribut, Foto Dua murid UPSR Cedera Bumbung Sekolah Tercabut

Written By Azmy Klanajaya on 09/10/2014 | 8:48 pm


Kudat : Dua pelajar lelaki tahun enam, Sekolah Kebangsaan Panudahan dekat sini, cedera ringan selepas bumbung kelas mereka diterbangkan angin kencang ketika sedang menduduki peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pagi tadi.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, berkata murid berkenaan, Jil Muin cedera di bahagian peha terkena kipas siling yang jatuh manakala Danielson Danius cedera ringan terkena siling papan lapis.

Turut cedera dalam kejadian 8.30 pagi itu ialah seorang guru lelaki pengawas peperiksaan, Jamil Totong yang cedera di bahagian belakangnya terkena beluti.

"Semasa kejadian, peperiksaan ulangan UPSR bagi kertas Matematik sedang dijalankan. Pada ketika itu, 37 murid sedang menduduki peperiksaan dengan tiga orang guru pengawas di dalam dua kelas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Bagaimanapun, kata Jame semua calon peperiksaan UPSR sekolah berkenaan dapat menyempurnakan peperiksaan mereka selepas dipindahkan ke blok bangunan bersebelahan bilik guru yang tidak terjejas dengan kejadian ribut berkenaan.

Dalam kejadian itu, empat kelas dan bilik pentadbiran terjejas manakala kereta milik guru besar sekolah itu turut rosak dihempap kayu.

Menurut Jame, semasa kejadian guru besar dan sembilan guru berada di dalam bilik guru sekolah itu. - Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger