Home » » KL : Foto Lelaki Maut Di Sambar Petir

KL : Foto Lelaki Maut Di Sambar Petir

Written By Unknown on 17/10/2014 | 4:22 pm




Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 52 tahun maut selepas dipanah petir ketika sedang berjoging di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu mangsa dikatakan sedang melalui jalan berhampiran pintu belakang Pusat Latihan Polis Jalan Semarak di taman tasik itu sebelum satu dentuman kuat menyambar sebatang pokok yang kemudian terkena mangsa.

"Mangsa sedang berlari di laluan itu sebelum petir menyambar. Sambaran petir itu turut mengakibatkan laluan joging itu pecah dan berlubang," kata sumber.

Menurut sumber itu, akibat kejadian berkenaan mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sumber memberitahu pihak berkuasa dan keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan. - Harian Metro





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger