Home » » Kenyataan Penganjur Pesta Peluk Anjing..Macam Anjing!!

Kenyataan Penganjur Pesta Peluk Anjing..Macam Anjing!!

Written By Unknown on 26/10/2014 | 10:15 am

Aakj : baca kat bawah ni..penganjur tak suruh..penganjur tak nampak..yang gambar penganjur dok memeluk anjing bersama peserta tu menatang apa? Yang video penganjur dok melompat gembira kerana kononnya pesta berjaya tu apa ke jadah..tuihhh babila!! :

Penganjur kempen sentuh anjing (I Want To Touch A Dog) menegaskan tidak pernah menyuruh peserta program memeluk atau mencium anjing seperti yang tersebar di media sosial.

Penganjur bersama, Norhayati Ismail berkata, hukum haram memegang anjing secara suka-suka telah diterangkan penceramah jemputan ketika itu, Ustaz Mohd IqbalParjin pada slot awal pagi.

“Program ini untuk tujuan pendidikan. Cara pegang anjing bukan untuk suka-suka tapi untuk menyelamatkan anjing tersebut kalau perlu atau untuk menghindarkan rasa takut terhadap anjing.

“Tapi kami menafikan sekeras-kerasnya... pada hari itu kami tidak menyuruh orang ramai memegang anjing secara suka-suka kerana kita sudah cakap (dalam ceramah Ustaz Iqbal), mengikut mazhab Syafie, memegang anjing secara suka-suka adalah haram,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini.

Jelasnya, perlakuan memeluk dan mencium anjing yang dirakam para peserta itu juga berlaku di luar pengetahuannya.

“Itu (tiada seorang pun penganjur yang sedar peserta pegang anjing secara suka-suka) saya tak boleh komen sebab saya di tempat sertu. Saya pun mendapat tahu orang pegang anjing itu melalui media. Pihak kita memang tidak terlibat dalam bab peluk cium (anjing).

“Sebab kita dah cakap jangan pegang suka-suka. Kami percayai ia (dilakukan) oleh peserta yang tidak mendengar ceramah Ustaz Iqbal. Mungkin kumpulan-kumpulan ini yang datang (lambat) tak dengar. Saya rasa risalah kami pun tak cukup sebab kami cetak 500 keping saja,” katanya.

Dalam pada itu, Norhayati turut menafikan pihaknya memuat naik gambar wanita-wanita bertudung yang beraksi memeluk atau memegang anjing pada program itu di media sosial.

“Gambar wanita bertudung (memeluk anjing) itu bukan kami yang muat naik. Kami tidak muat naik di media sosial-media sosial kami.

“Itu semua daripada media yang dikongsi (orang lain) dalam Facebook dan juga dimasukkan dalam ‘event page’ kami untuk tujuan mencerca dan menghina kami.

“Kalau ikut media (gambar itu diambil di lokasi program) sebab saya sendiri tak nampak dengan mata kepala saya jadi, saya tak berani nak cakap. Saya di sana tapi saya tidak ada di kawasan kejadian (memeluk, mencium anjing),” katanya.

Tegasnya, segala prosedur dan garis panduan yang ditetapkan telah diikuti pihaknya namun beliau akui terdapat kekurangan dari segi kawalan terhadap peserta.

“Kami sudah mengikut semua prosedur dan garis panduan yang diberikan Jabatan Mufti Selangor dan juga kami ada mengedarkan 500 risalah pada waktu pagi menyatakan pandangan Islam terhadap anjing.

Dalam ‘page’ kami juga, kami ada sebut, boleh datang, tak semestinya pegang. Kalau nak belajar, kita ada ‘coach’. Sebab itu kami ada buat perbezaan warna pakaian untuk hari itu.

“Berkali-kali kami telah beritahu kalau nak pegang, tanya ‘coach’ dulu. Tapi disebabkan, kita jangka yang datang 500 orang tapi yang datang melebihi jumlah itu jadi, kita akui kelemahan kita. Kita tak dapat kawal pengunjung yang datang,” jelasnya.

Ketika ditanya soal kehadiran Ustaz Iqbal di lokasi peserta memeluk dan mencium anjing, peguam mewakili penganjur, Syahredzan Johan berkata, Ustaz Iqbal tidak melihat perkara itu berlaku.

“Ustaz Iqbal tak nampak. Tapi dia beri penerangan cara pegang anjing dalam Islam. Dalam penerangan itu memang sudah terang bahawa tak boleh saja-saja pegang, suka-suka pegang.

“Jadi, dia tak nampak, tak boleh salahkan dia. Kalau ikut garis panduan, memang tak boleh begitu (pegang anjing suka-suka),” katanya. - Sinar Harian

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger