Home » » Kencing Malam : Anak Di Bunuh Dan Di Kerat Kemaluan

Kencing Malam : Anak Di Bunuh Dan Di Kerat Kemaluan

Written By Unknown on 21/10/2014 | 9:06 am





Polis wilayah Yunnan menangkap seorang lelaki kerana dipercayai membunuh anak lelakinya sebelum memotong kemaluan mangsa.

Berdasarkan laporan, tindakan tidak berperikemanusiaan berkenaan didorong rasa marah suspek terhadap anaknya yang suka kencing di atas tilam.

Jurucakap polis semalam berkata, Tang Minghua, 39, terpaksa bersendirian membesarkan anak lelakinya, Kao, 9, selepas ditinggalkan isteri.

“Pasangan berkenaan mengalami masalah rumah tangga.

“Tang ditinggalkan kerana isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain,” katanya.

Namun kesalahan mungkin bukan terletak pada isteri Tang semata-mata.

Berdasarkan kenyataan jiran, Tang tidak mempunyai pekerjaan sebaliknya sering menghabiskan masa mabuk di rumah.

Bosan dan kecewa dengan keadaan rumah tangga berantakan serta rindu kepada ibunya, Kao ‘memberontak’ dan mula kerap kencing di atas tilam.

Jurucakap polis berkata, Tang dipercayai hilang sabar kelmarin kerana Kao sekali lagi kencing di atas tilam walaupun sebelum itu disuruh ke tandas.

“Kao enggan ke tandas kerana mendakwa dia tidak berasa mahu kencing,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, Tang dipercayai mengheret Kao keluar dari rumah mereka di Zhenxiong dan memaksanya kencing.

Apabila budak itu berdegil, Tang mula mencekik anaknya sehingga mati.

Kemaluan Kao kemudian dipotong sebelum Tang kembali ke rumah untuk tidur.

Kejadian berkenaan hanya disedari selepas penduduk setempat ternampak mayat Kao terbaring di depan rumah.

Jurucakap polis berkata, Tang menyalahkan isterinya atas kejadian itu.







- Sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger