Home » » Kemalangan Ngeri Kuantan-Segamat ; Foto Lelaki Maut Bersama Kedua Isteri & 3 Anaknya

Kemalangan Ngeri Kuantan-Segamat ; Foto Lelaki Maut Bersama Kedua Isteri & 3 Anaknya

Written By Unknown on 06/10/2014 | 1:30 pm



ROMPIN – Hajat sebuah keluarga yang terdiri daripada dua wanita bermadu, suami dan tiga anak mereka mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian apabila kesemua mereka terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 143.8, Jalan Kuantan-Segamat di sini malam kelmarin.

Isteri pertama, Zaliha Johar, 44, isteri kedua, Siti Habibah Kasbon, 43, dan suami mereka, Azhar Mat Ali, 43, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta Perodua Alza dipandu Azhar terbabas sebelum merempuh sebuah bas ekspres di laluan bertentangan.

Tiga orang anak hasil perkongsian hidup Zaliha dan Azhar iaitu Mohd. Wazin, 20, Ain Nadiah, 13, serta Ain Najihah, 12, yang menaiki kereta sama turut maut.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Alza itu terputus dua.

Azhar seorang juruteknik di sebuah kilang elektronik di Johor tidak memperoleh anak daripada perkahwinan keduanya dengan Siti Habibah.

Allahyarham Azhar dan Zaliha mempunyai seorang lagi anak perempuan, Nadirah, 21. Semasa kejadian, Nadirah tidak menyertai ahli keluarganya pulang ke rumah neneknya di Felda Keratong 2 dekat sini kerana bekerja pada hari raya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, kemalangan pada pukul 8.30 malam itu turut melibatkan dua buah kenderaan lain iaitu kereta Perodua Myvi dan bas ekspres MaraLiner. Bas ekspres itu semasa kejadian membawa 26 penumpang.-kosmo
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger