Kota Bharu: Bahana bersuamikan seorang penagih dadah, seorang wanita berusia 24 tahun kini terpaksa menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di sini termasuk bagi menangani kemurungan dihadapi selepas dipaksa mengambil dadah.
Wanita terbabit yang hanya dikenali sebagai Ayu sebelum itu dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun dibawa pulang ke Pengkalan Chepa, di sini, baru-baru ini oleh ahli keluarganya berikutan keadaannya yang semakin teruk.
Menurut seorang ahli keluarga terdekat Ayu dikenali Wan, 47, wanita itu kini tidak ubah seperti berkhayal dan berada dalam dunianya sendiri meskipun sudah menjalani pelbagai jenis rawatan.
“Dia seperti tidak tahu di mana dia berada. Kami sekeluarga percaya dia menjadi begitu selepas dipaksa mengambil dadah jenis syabu dan didera suami yang dikahwini sejak tiga tahun lalu.
“Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, Ayu dibawa menetap di Cheras, Kuala Lumpur oleh suaminya yang juga orang sana dan sejak itu kami jarang berjumpa selain hanya berhubungan menerusi telefon,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Wan berkata, dia tampil menceritakan kisah itu bukan untuk membuka aib keluarga sebaliknya mahu menyedarkan masyarakat bahawa pengaruh dadah mampu merosakkan orang lain yang tidak berdosa.
Jelasnya, Ayu sebelum berkahwin dengan lelaki berusia 25 tahun itu merupakan anak sulung daripada lapan beradik yang baik dan mendengar kata.
Katanya, wanita itu juga tidak pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah, apatah lagi mahu keluar melepak dan berseronok dengan rakan.
“Situasi ini memang sukar diterima terutama apabila tempoh tiga tahun perkahwinan mereka, banyak perkara yang disorokkan daripada keluarga.
“Saya hanya mengetahui keadaan Ayu tiga bulan lalu apabila dimaklumkan dia sakit tenat berkait perutnya dan berada di wad kecemasan HKL.
“Apabila kami sekeluarga ke sana, keadaan Ayu lebih menyedihkan. Dia seperti orang kurang siuman dan badannya sangat kurus,” katanya yang membawa pulang Ayu untuk meneruskan rawatan di sini berikutan mempunyai masalah kewangan.
Menurutnya lagi, pada mulanya mereka tidak mengetahui punca Ayu berkeadaan begitu, namun dimaklumkan doktor bahawa Ayu mempunyai dan hanya dimaklumkan doktor yang merawat sebagai mempunyai dadah berlebihan dalam badan.
Jelasnya, rahsia suami isteri itu terbongkar apabila ibu Ayu terserempak dengan menantunya yang sedang asyik menagih dadah dipercayai syabu.
"Ketika itu juga kami syak yang Ayu turut menjadi penagih, lebih-lebih lagi apabila melihat dia seperti gelisah dan ketagihan sesuatu.
“Doktor pernah memberitahu hayat Ayu tidak lama kerana dadah berlebihan dalam badannya, namun takdir Allah SWT, dia menjadi seperti orang sasau.
“Kami sekeluarga kesal dengan apa yang berlaku, malah suami Ayu turut menghilangkan diri dan tidak lagi muncul selepas balik ke sini,” katanya.
Sumber
Doktor tersilap potong kaki pesakit
-
Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati
pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada
pembedahan, ...
5 days ago
Post a Comment