Home » » Kedunguan Human Right Asia Dalam Kes Anwar Ibrahim

Kedunguan Human Right Asia Dalam Kes Anwar Ibrahim

Written By Unknown on 24/10/2014 | 3:15 pm

Anwar bagaikan menunggu hukuman yang tak mampu beliau tempuhi..hukuman ke atas dosa yang beliau cipta sendiri..dosa meliwat yang staff sendiri..Mahkamah dah putuskan bahawa Anwar meliwat dan kini, 28hb Okt adalah tarikh rayuan 'terakhir' bagi Anwar..

Apa Anwar buat? 

Di negara sendiri beliau begitu bebas mendapat permit ceramah keseluruh negara..atas nama RAKYAT HAKIM NEGARA !! 

Apa motof polis lepaskan permit ceramah bagi manusia yang dijatuhkan hukuman MELIWAT? Apakah maksud RAKYAT HAKIM NEGARA? Anwar nak ajak rakyat melanggar undang-undang negara ini?

Bukan niat nak hina mahkamah, sekadar aakj nak bertanya..bagaimana dengan hak pesalah yang lain yang lebih kurang sama dengan jenayah yang Anwar lakukan..apakah mereka juga ada hak untuk buat ceramah dan mengatakan bahawa mereka dianiaya?

Tak cukup dalam negara Anwar buat siri ceramah menghentam Kerajaan BN..mengeluarkan bermacam persepsi seperti terbarunya, Anwar kata "jangan pukul saya lagi"..kenapa ungkapan begitu keluar dan apa yang Anwar cuba sebarkan kepada pengikutnya yang taksub dan sebar kepada orang ramai?

Pihak polis tidak ada yang pergi dengar ke apa yang Anwar jeritkan di pentas ceramah?

Tak cukup dengan menghina sistem perundangan negara, Anwar hantar Barua dan Brokernya ke luar negara untuk memberikan gambaran betapa teruknya undang-undang negara kita.

Barua dan Broker Anwar bukan setakat membuat perjumpaan dengan Ahli Parlimen Australia yang naluri jantannya hanya minat pada jantan..tak cukup dengan itu, broker dan barua Anwar dapatkan publisiti murahan dari NGO yang bertaraf antarabangsa yang membawa nama "hak asasi manusia" supaya menekan kerajaan kita agar BEBASkan Anwar.

Aakj nampak, bahalol yang mewakili Ngo rantau Asia ni terlupa barangkali Mahkamah bertindak kerana bukti kesalahan mencukupi dan pesalah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah atas kesalahan yang dia lakukan.

Kalau cara ini berjaya maka Aakj nampak di masa hadapan, orang yang banyak duit akan terlepas dengan mudah atas kesalahan yang mereka lakukan. 

Boleh pasang lebih dari 5 peguam, boleh buat penangguhan berpuluh kali dan merayau ke seluruh dunia minta diberi tekanan ke atas badan kehakiman.

Hancurlah kita kalau kita sujud kerana takut pada kuasa asing yang kononnya terlalu suci dan telus dari kesalahan..gangguan dari luar negara ini suatu yang baru !!

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger